My VVIP members

Sabtu, 17 Oktober 2009

Image Apa?


Image apakah ini? Siapa boleh bagi jawapannya.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Bulan

Bulan terbelah?
Apa pendapat anda?

Rabu, 5 Ogos 2009

Saman 10 Juta


Tindakan Persatuan Perniaga Wilayah menyaman GMI membuktikan golongan peniaga ini adalah golongan jutawan walau pun mereka adalah digolongkan dlm kategori peniaga kecil.Wow ! satu hari tak dapat niaga rugi 10juta.Tentu dah berjuta-juta simpanan para peniaga ni.Bolehlah keluar zakat atau bantu rakyat yg miskin.TV3 tak perlu buat program Bersamamu lagi.Mintak saja kat peniaga ni, takkan kedekut, satu hari 10juta llkalau sebulan dan 300juta kalau setahun dah berapa? Ramai yg miskin kat negara kita ni, sampai ada yg makan siput babi.Ingatlah wahai peniaga yg kaya-raya sebahagian harta kamu tu adalah hak golongan yg miskin.Kita ni hanya hamba Allah yg diberi amanah menguruskan harta Allah di muka bumi ini.Insaflah wahai peniaga kecil Wilayah Persekutuan.Kenyataan mereka ini juga sepatutnya menjadi berita gembira buat Jabatan Hasil Dalam Negeri.Pergile tengok peniaga kecil tersebut dah bayar cukai pendapatan atau belum?

Ahad, 2 Ogos 2009

Demontrasi.Apa yang anda dapat?


Demontrasi jalanan adalah kerja sia-sia.Apa anda semua dapat?
1.Kena belasah
2.Basah baju kerana peluh,watercannon.
3.Dapat sakit kena belasah.
4.Dapat glamor -muka masuk paper dan Tv

Apa yang mungkin Anda akan dapat bila buat demontrasi yang halal
1.dapat wang tambang ketempat demo
2.muka masuk TV
3.jadi belaci pihak penganjur
4.dapat penat

Yang untung tokeh jual air minum,tokeh baju(baju koyak kena belasah)doktor swasta(duit ubat)Indah water(air kat dlm watercannon)

Sabtu, 25 Julai 2009

PaintBall



Sukan paintball kini menjadi kegilaan masyarakat Malaysia hari ini.Permainan ini memang menyeronokkan.Teringat saya semasa zaman kanak-kanak di mana saya dan rakan sekampung bermain perang dengan senapang kayu dengan peluru terung belanda atau pun menggunakan peluru batang bemban atau pun kami bermain senapang buluh dengan peluru kertas yg direndam atau menggunakan peluru buah cemerai. Seronok betul,dengan wujudnya paintball sekurang-kurangnya dapat mengimbau kenangan zaman kanak-kanak yg telah lama ditinggalkan.Kalaulah permainan perang senapang kayu itu diperkenalkan oleh Mat Saleh sudah tentu ianya telah menjadi permainan antarabangsa seperti paintball.Tetapi sedarkah wahai peminat paintball bahawa ianya(peluru)disaluti dengan geletin dan dibuat di USA.Aganya mahukah mereka gunakan geletin yg halal?Sudah tentu geletin daripada babi yg paling mudah dan murah yg akan mereka gunakan. Fikir-fikirkanlah wahai peminat paintball!!!!!!!!!!!!

Rabu, 8 Julai 2009

90 peratus hotel tiada sijil halal

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) mengesahkan hanya 170 dapur di lebih 2,000 hotel, termasuk hotel bajet di seluruh negara mempunyai pensijilan halal.

HDC badan bertanggunjawab mengeluarkan sijil halal di negara ini turut mendapati kurang sambutan membabitkan permohonan pensijilan halal berikutan tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan setiap dapur hotel di negara ini perlu mempunyai sijil berkenaan, selain sikap pemilik hotel serta kekeliruan mengenai.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin, berkata daripada jumlah 170 pengeluaran sijil halal kepada hotel itu hanya 15 sijil dikeluarkan kepada hotel bertaraf lima bintang, 23 di hotel empat bintang, 101 di hotel tiga bintang dan 14 di hotel dua bintang.

Menurutnya, HDC berharap dengan pengeluaran sijil halal itu akan meningkatkan keyakinan orang ramai kerana hotel terbabit menerima sijil halal.
Oleh Efindi Badarudin
efindi@hmetro.com.my

Bagaimana dengan laporan berita di atas? Berapa ramai orang Islam yang telah menelan makan yang tidak halal? Apa tindakan kita? Kita semua maklum kebanyakan kursus,seminar malah majlis perkahwinan diadakan di hotel. patutlah masalah sosial semakin teruk hari ini. Semuanya berkait rapat dengan apa yang menjadi darah daging. Doa tidak dimakbul Allah, perzinaan yang berleluasa, anak derhaka dan beribu masalah umat Islam hari ini kerana tidak menjaga apa yang masuk kedalam perut mereka.
Pendedahan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) pada saya tidak membawa sebarang makna. Apa yang patut dilakukan ialah menyenaraikan nama hotel yg mendapat sijil halal tersebut supaya boleh dijadikan rujukan oleh umat Islam. Kalau setakat menyatakan jumlah sahaja, apek jual sayur pun boleh keluar kenyataan dan umat Islam di Malaysia akan terus menjadi mangsa kafir laknat yang sentiasa memusuhi umat Islam

Jumaat, 26 Jun 2009

Apabila Babi Berkata-kata 2


"Cik Burung,ko nak tahu manusia ni bangang betul(yg makan baalifbaya).Masa aku sakit kaki dan mulut habis kaum kerabat aku dia org bunuh,sampai habis anak cucu cicit aku.Nasib baik ada yg nak kat aku,kalau tidak tak ada zuriat le aku"


"Betullah cik Bu, masa aku kena selsema pun cam tu juga. Semua unggas yg ada sayap cam aku dia org bunuh.Dengan cara kejam pulak tu! manusia memang tak berhati perut betul!!!!



Mak Bi, ko nak tahu kita le binatang paling istimewa kat dunia ni. Manusia mana berani bunuh kita. Lain le macam lembu dan burung, sakit sikit habis kena bunuh, betul tak?






Heeeeeeee, ye le Pak Bi, dengo cerita kat Malaysia lagi hebat dia org nak bina kandang morden utk kita. Ekon pulak tu!!!!!. Manusia memang sayang kat kita. Heeeeeeeee.bodohnya dia org!!!!!!
ps:Kepada peminat paintball utk pengetahuan "peluru" tu semua disalut dgn geletin dan dibuat di USA.Agaknya dia org buat drp geletin lembu kot?

Ahad, 21 Jun 2009

SPM: kenapa 10 Subjek?

Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Ma Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Maahad Muhammadi Perempuan turut dikongsi bersama kerajaan negeri.Beliau mendapat 20A (19A1, 1A2) dan menjadi kebangsaan kepada kerajaan negeri serta rakyat Kelantan.
Beliau mendapat 20A (19A1, 1A2) dan menjadi kebangsaan kepada kerajaan negeri serta rakyat Kelantan.
Nur Amalina Che Bakri 17A1

Nadiah Amirah Calon SPM 2006 - beliau hanya memperoleh 14A1, 4 A2, dan 1 B3.

Lihatlah wajah mereka.Tidak adakah sedikit rasa bangga di hati umat Islam yang berbangsa Melayu atas kejayaan mereka? Kini kita tidak akan dapat melihat lagi kejayaan seperti ini. Semua ini adalah gara-gara peraturan menghadkan pengambilan hanya 10 matapelajaran dalam SPM 2010.Persolannya mengapa?Mengapa ketiga pelajar ini mengambil begitu banyak subjek? jawapannya mereka rasa diri mereka mampu. Kenapa kita sekat? Adakah pelajar yang tidak cemerlang mahu mengambil sebanyak itu subjek? Kenapa kita sekat? Pada saya semua ini bermula dengan hasad dan dengki,cemburu dan busuk hati melihat kejayaan yg tidak dapat dicapai oleh anak-anak "mereka."

10 subjek dengan 4 subjek teras. Subjek apakah yang akan menjadi mangsa dibuang. Mungkin Pendidikan Agama Islam sebab tentu subjek yang wajib tersebut;
1. Bahasa Melayu
2. Matematik
3. Sains
4. Bahasa Inggeris
Ya, Allah apa akan jadi pada anak muda akan datang?

Isnin, 15 Jun 2009

Kes Bunuh

Wanita mati berlumuran darah............. itu adalah antara tajuk berita kat Metro hari ini. Sepanjang minggu lepas hingga hari ini banyak sungguh kes bunuh yang dilaporkan. Kalau tak silap minggu lepas pun ada kes suami bunuh isteri........... kenapa ianya boleh belaku ye? Antara kes lain ialah kes anak bunuh bapa dengan botol kicap. Nampaknya sekarang ini ahli keluarga juga tidak lagi sebagai pelindung kepada ahli keluarga yang lain. Di muka 6 Metro pula tajuk beritanya Belasah Ibu Sampai Tergolek. Remaja ini membelasah ibunya kerana menyuruh dia tinggalkan kekasihnya pengamal seks songsang. Adakah semua ini kerana sistem pendidikan kita yang gagal mendidik insan yang kamil. Adakah guru-guru hari ini hanya berjaya mendidik robot.yang sangat canggih tetapi jika berlaku litar pintas atau apabila berlaku serangan virus, robot tersebut akan menjadi tidak berguna malah mendatangkan bahaya kepada tuannya. Yang ini cikgu-cikgu kena jawab.
Apa anda fikir


Ahad, 24 Mei 2009

KETAKUTAN VS TAKUT

"ketakutan ada kegunaannya tetapi penakut tidak ada sebarang guna" - Mahatma Ghandi

Aku fikir........................

Setiap manusia pasti mengalami ketakutan dalam hidup mereka,
ada berbagai jenis ketakutan yang sering menghatui hidup kita. Kita takut untuk mengutarakan pandangan dan pendapat kita kerana bimbang di katakan tidak rasional dan jumud. Ada orang yang hidupnya sering dibelenggu ketakutan di sebabkan salah atau dosa-dosa yang pernah dilakukan. Pada saya ketakutanlah dapat mengawal segala tingkah laku seharian kita. Jika kita tidak takut, kita pasti akan melakukan apa sahaja kerana tiada apa yang merisaukan kita, tetapi penakut adalah sifat orang lemah mental. Tiada jati diri dan tiada pengangan hidup untuk menghadapi cabaran

PERSIMIS VS OPTIMIS

"seorang persimis nampak kesukaran di dalam setiap peluang, seorang optimis nampak peluang di dalam setiap kesukaran" - Winston Churchill

Apa pendapat anda....................................

Saya fikir orang yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain adalah seburuk-buruk pekerti bagi makhluk bergelar insan.



Sabtu, 23 Mei 2009

BOSS VS KULI siri 1

Aku fikir,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, Boss vs kuli

Boss kata..........
"semua pekerja mesti fokus dalam bekerja,tinggalkan semua masalah kamu di pintu pagar sebelum melangkah ke pejabat............."

Kuli kata...........
"......................???????????.............................. gila ke?

Orang kata.............
"patutle prestasi teruk, pekerja semua tak ada otak.Rupanya diaorang sanggkut otak kat pintu pagar..............,dalam satu pejabat hanya ada satu otak saja, zalim!zalim!.........."


Anda fikir,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,?

Rabu, 20 Mei 2009

Kemuliaan Pemimpin

"Kemuliaan dan penghormatan itu adalah sesuatu yang diberikan oleh rakyat dan bukannya dipaksa ke atas rakyat." - (Respect is commanded. It is never demanded)

Apa anda fikir..................................

Selasa, 19 Mei 2009

Apabila Babi Berkata-kata




Hebat manusia ni, macam-macam diorang cipta.Manusia dah sampai bulan.Bangunan yg tinggi diorang bina,jambatan yg panjang.Apa saja yg terlintas difikiran, manusia boleh cipta.Betul tak Mak Bi?


Hebat apa bendanya Pak Bi, aku ni dah dua bulan selsema.Tak dapat lagi ubat yg sebenarnya,manusia ni usahkan nak cari ubat kita,ubat selsema dia pun tak mampu nak cipta lagi.Sedangkan selsema dah wujud sejak dari zaman nabi Adam lagi. Pira doktor konon!!!!!!!!!


Ahad, 17 Mei 2009

Kiamat 21.12.2012

aku fikir ....................




"Pada 21 Disember 2012, terjadilah satu peristiwa huru-hara dan gempa bumi yang amat dahsyat, yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah hidup manusia di muka bumi ini.' petikan mastika jun 2009. 
Tarikh tersebut diramalkan oleh kaum Maya yang hidup di selatan Mexcio dan utara Amerika Tengah.

Kaum yang tidak pernah mengenal Islam pun turut mengakui bahawa dunia kita ini akan musnah pada suatu hari nanti.Bagaiman kita sebagai Umat Islam yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quraan bahawa kiamat pasti akan berlaku.Bagaimana persediaan kita? Seorang penulis Yahudi,Lawrence E.Joseph dalam bukunya Apocalypse 2012 menyatakan satu bencana besar akan berlaku dan bumi akan musnah. 

Tanda-tanda kiamat telah banyak kita lihat hari ini, kenapa kita masih lalai? Lihatlah anak muda Islam hari ini yang hanyut dalam kealpaan dunia yang sementara.Keruntuhan moral tidak dapat lagi dibendung,rogol,seks bebas,pembunuhan, dan pelbagai maksiat berleluasa.Apa peranan kita?
Lihat klip video di bawah semoga timbul kesedaran pada mereka yang masih lalai.








Sabtu, 16 Mei 2009

Malaysia Vs Pakistan(Hoki)

aku fikir..................





Siapa menang ye? Anda tengok ke perlawanan tu? Saya amat terkejut dgn keputusan yg disiarkan dalam akhbar keesokan harinya. Aku tengok perlawanan tu kat TV(walau pun hanya tengok pada separuh masa ke 2). Aku amat pasti keputusannya seri, kenapa surat khabar tulis Pakistan menang? dan jaringnya pula pelik 4-2. Aku tengok jaringannya 3-0. Betul aku tak tipu.
Aku kata seri kerana semua pemain Malaysia dan Pakistan serta penonton yang tengok dari sebahagian besarnya terlepas solat maghrib. Jadi mereka semua seri tak solat.Perkara wajib dalam Islam di tinggalkan kerana sukan. Aku kata 3-0 kerana mereka meninggalkan solat maghrib 3 rakaat. Mungkin team Pakistan boleh jamak solat mereka.

Nampak kita masih gagal

1. mempromosikan Malaysia sebagai negara Islam. Pertandingan itu kita yg anjurkan, tak         bolehkan kita ubah masanya kpd pukul 7.45 @ 8.00 mlm.Apa bezanya?
2. memberi contoh kpd. generasi muda, tentang kewajipan solat dlm Islam.

Agama Islam tidak pernah menghalang umatnya bersukan.Tapi sukanlah yang menghalang umat Islam mengerjakan suruhan agama.

Anda fikir.......................................


Rabu, 13 Mei 2009

Banggla vs siswazah malaysia

aku fikir.................
























aku fikir...................

orang banggla ramai di negara kita, kenapa?
aku rasa antara sebabnya mungkin kerana negara kita
1. senang dibolosi
2. unsur rasuah
3. banyak kerja
4. gaji tinggi berbanding di negara mereka
5. majikan boleh bayar murah jika di bandingkan rakyat tempatan
6. taat dan sanggup buat apa saja
Jadi saya fikir................. kenapa kita bising siswazah kita tak dapat kerja kerana tak pandai berbahasa inggeris.Banggla tu usahkan BI, bahasa melayu pun tak tahu masa mereka sampai kat airport(yg mereka tahu merah, hijau je)

Selasa, 12 Mei 2009

Alhamdulillah

aku terfikir...................... 
dalam sehari berapa ribu patah perkataan kita ucapkan.........
berapa ribu perkataan yg baik dan berfaedah kita ucapkan...................
berapa ribu perkataan kita mengandungi dusta, fitnah,hasat dengki, cemburu dsbgnya.
berapa kali ucapan Alhamdulilah,Subhanallah,Allahhuakbar kita ucapakan.
beruntungnya kita dapat berkata-kata.................. tapi apa yang kita ucapkan setiap hari?
Betapa ruginya kita.................
Ketahuilah bahawa semua makhluk Allah yang lain, yang tidak dapat berkata-kata sentiasa bertasbih kepada Allah Maha pencipta, 
Mari kita fikirkan...........................................

Isnin, 11 Mei 2009

Budak 18 Tahun, Office & Staff?

aku fikir................



Hebatnya pemuda ini, apa yg anda fikir tentangnya?
"Apa khabar semua? Semoga anda semua tidaklah busy seperti kami yang sejak kebelakangan perlu menyiapkan banyak kerja! Tapi tak mengapa kerana kami buat kerja apa yang kami suka dan masih mampu tersenyum sepanjang menyiapkan projek demi projek. Nampaknya, kami akan banyak bergerak dibelakang tadbir bagi projek-projek selepas ini.

Oleh kerana kami sama-sama sibuk, maka hari ini saya luangkan juga masa untuk mengupdate blog ini. Saya masih ingat ketika berumur 16 tahun dan ketika itu saya berada di tingkatan empat, seorang cikgu praktikal telah masuk ke dalam kelas saya dan mula bercakap mengenai kerjaya.

Dalam minda saya ketika itu sudah kukuh dengan hasrat untuk membina empayar perniagaan sendiri. Kemudian, cikgu tersebut telah tanya seorang demi seorang apakah cita-cita dan kerjaya pilihan masing-masing. Setelah seketika, tibalah giliran saya untuk menyatakan cita-cita saya kepada seluruh kelas.

Saya tanpa segan silu menyatakan kepada semua bahawa saya ingin memiliki perniagaan sendiri, memiliki office sendiri dalam masa 2 tahun lagi dan mempunyai staff untuk menguruskan perniagaan saya. Apa agaknya yang berlaku? Seluruh kelas tersebut mentertawakan saya termasuklah cikgu praktikal tu sekali!

Mungkin cita-cita saya itu bunyinya tidak logik membuatkan mereka semua ketawa ataupun mereka tidak mempunyai minda sebagai seorang usahawan. Mungkin pada masa itu mereka ketawakan saya dan kini 2 tahun daripada peristiwa tersebut telah berlalu. Alhamdulillah dengan rezeki Allah, kini saya dan Zhafran sudah memiliki office sendiri dan mempunyai pekerja tetap hasil daripada perniagaan Internet."

Aku fikir.................. semuanya kerana Kelebihan orang yang berilmu.Allah mengangkat berberapa darjat bagi orang yang berilmu.







Apa ada fikir tentang kejadian ini?

aku fikir.................

Tikus Sawah Vs Tikus Belanda

aku fikir.................


Hamster
Kali ini aku fikir tentang tikus. Kenapa ye ramai orang kita bela tikus sebagai haiwan peliharaan?Tapi jangan silap bukan tikus sawah atau tikus rumah yang biasa kita lihat. Yang jadi pilihan ialah tikus belanda @ hamster (tikus juga kan). 
Aku fikir mungkin kerana ia binatang import kot!!!!!!!! orang kita apa saja yang ada nama negara luar, macam apa saja yg ada nama siam kita paling  suka,contoh mangga siam,kucing siam dll lagi.
Nak kata tikus tak comel, pada saya hamster dan tikus sawah sama comelnya. Tak percaya?Cuba bandingkan gambar yang saya sertakan. Dua-duanya comel......... pada saya. Kalau tak salah saya kat India ada satu kuil yg melayan tikus rumah macam raja @ sbg jelmaan tuhan(pada pandangan mereka,maaf kalu fakta ini salah). 


Tikus Rumah. Comel kan


Apa anda fikir.......................................


Mickey Mouse pun tikus juga kan dan ramai peminatnya di seluruh dunia dan patungnya jadi teman tidur kanak-kanak mahupun orang dewasa. Anda bagaimana?








Sabtu, 9 Mei 2009

Aku Fikir - Ragut

aku fikir.................

Sebagai permulaan aku fikir .................., aku fikir ingin mengetengahkan isu ragut di negara kita yang saban hari berlaku seperti yang dilaporkan di media. Kes ragut masa kini semakin membimbangkan kerana telah banyak melibatkan kecederaan yang serius kepada mangsa mahupun kematian. Mungkin anda pernah mengalami atau melihat kes ragut di depan mata anda. Apa tindakan anda?




Banyak persoalan yang bermain difikiran saya, bagaimana dengan anda? Siapakah yang patut dipersalahkan? Bagaimana cara mencegah atau pun mengatasinya? Adakah undang-undang tidak mencukupi atau gagal menakutkan peragut? Kenapa orang ramai tidak membantu mangsa ragut? Siapa yang perlu menjawab semua soalan di atas? Ya, siapa lagi,........................ anda! Anda! dan anda.

Peragut hari ini saya lihat semakin agresif dan akan bertindak nekad untuk mencapai cita-cita mereka. Terdapat kes di mana orang yang ingin membantu mangsa ragut turut terkorban. Sia-siakah kematian mereka? Sudah hilangkah pertimbangan akal manusia di akhir zaman ini? Siapa yang perlu menjawab semua soalan di atas? Ya, siapa lagi,........................ anda! Anda! dan anda

Aku fikir..................
Semua kes ini bermula dengan peluang.Bila ada peluang manusia durjana ini akan cuba memenafaatkannya. Peragut melihat peluang terbuka luas di hadapan mata. Manusia peragut ini memang telah hilang segala pegangan agama dan nilai kemanusiaan dalam diri mereka. Apabila peluang terhidang di hadapan mata, pasti mereka akan bertindak.
Jadi tutuplah peluang tersebut!

Jika kita lihat kes-kes ragut yang berlaku paling banyak berlaku kepada wanita yang menunggang motosikal kerana golongan ini adalah mangsa paling lemah dan mudah. Kaum wanita biasanya akan membawa beg tangan. Berbanding lelaki yang meletakkan dompet mereka di seluar, wanita terpaksa memegang atau meletak beg tangan di dalam raga motosikal. Kenapa tak ambil perhatian perkara ini wahai kaum hawa...................

Aku fikir.................
Sudah sampai masa kaum wanita
1. Membawa beg tangan yang kecil – tinggalkan alat solek di rumah
2. Jangan letak beg tangan dalam raga motosikal
3. Sentiasa berkawan semasa menunggang motosikal
4. Sedia kotak menggantikan raga motosikal anda -kerajaan patut wajibkan penggunaan kotak pada motosikal

Ada pendapat pakar-pakar menyatakan jika ada diragut, jangan melawan, serahkan saja apa yang ada. Masuk akal ke? Saya fikir bintang pun akan melawan jika mereka diganggu.
Dalam beg tersebut biasanya terdapat semua yang penting pada kita, mungkin duit untuk beli susu anak atau duit perbelanjan sebulan atau apa saja. Berikan saja pada peragut...................... anda fikir..................!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya