My VVIP members

Sabtu, 25 Julai 2009

PaintBall



Sukan paintball kini menjadi kegilaan masyarakat Malaysia hari ini.Permainan ini memang menyeronokkan.Teringat saya semasa zaman kanak-kanak di mana saya dan rakan sekampung bermain perang dengan senapang kayu dengan peluru terung belanda atau pun menggunakan peluru batang bemban atau pun kami bermain senapang buluh dengan peluru kertas yg direndam atau menggunakan peluru buah cemerai. Seronok betul,dengan wujudnya paintball sekurang-kurangnya dapat mengimbau kenangan zaman kanak-kanak yg telah lama ditinggalkan.Kalaulah permainan perang senapang kayu itu diperkenalkan oleh Mat Saleh sudah tentu ianya telah menjadi permainan antarabangsa seperti paintball.Tetapi sedarkah wahai peminat paintball bahawa ianya(peluru)disaluti dengan geletin dan dibuat di USA.Aganya mahukah mereka gunakan geletin yg halal?Sudah tentu geletin daripada babi yg paling mudah dan murah yg akan mereka gunakan. Fikir-fikirkanlah wahai peminat paintball!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya