Siapa menang ye? Anda tengok ke perlawanan tu? Saya amat terkejut dgn keputusan yg disiarkan dalam akhbar keesokan harinya. Aku tengok perlawanan tu kat TV(walau pun hanya tengok pada separuh masa ke 2). Aku amat pasti keputusannya seri, kenapa surat khabar tulis Pakistan menang? dan jaringnya pula pelik 4-2. Aku tengok jaringannya 3-0. Betul aku tak tipu.
Aku kata seri kerana semua pemain Malaysia dan Pakistan serta penonton yang tengok dari sebahagian besarnya terlepas solat maghrib. Jadi mereka semua seri tak solat.Perkara wajib dalam Islam di tinggalkan kerana sukan. Aku kata 3-0 kerana mereka meninggalkan solat maghrib 3 rakaat. Mungkin team Pakistan boleh jamak solat mereka.
Nampak kita masih gagal
1. mempromosikan Malaysia sebagai negara Islam. Pertandingan itu kita yg anjurkan, tak bolehkan kita ubah masanya kpd pukul 7.45 @ 8.00 mlm.Apa bezanya?
2. memberi contoh kpd. generasi muda, tentang kewajipan solat dlm Islam.
Agama Islam tidak pernah menghalang umatnya bersukan.Tapi sukanlah yang menghalang umat Islam mengerjakan suruhan agama.
Anda fikir.......................................
semua pihak mesti main peranan untuk mengislamkan kaedah orang islam bersukan... kita mesti berani membuat perubahan untuk kebaikan kita juga...jangan banyak alasan, kalau kita nak,kita akan dapat laksanakannya...Insyaallah...
BalasPadamnampaknya aji sorang je yg sudi komen
BalasPadam