My VVIP members

Sabtu, 9 Mei 2009

Aku Fikir - Ragut

aku fikir.................

Sebagai permulaan aku fikir .................., aku fikir ingin mengetengahkan isu ragut di negara kita yang saban hari berlaku seperti yang dilaporkan di media. Kes ragut masa kini semakin membimbangkan kerana telah banyak melibatkan kecederaan yang serius kepada mangsa mahupun kematian. Mungkin anda pernah mengalami atau melihat kes ragut di depan mata anda. Apa tindakan anda?




Banyak persoalan yang bermain difikiran saya, bagaimana dengan anda? Siapakah yang patut dipersalahkan? Bagaimana cara mencegah atau pun mengatasinya? Adakah undang-undang tidak mencukupi atau gagal menakutkan peragut? Kenapa orang ramai tidak membantu mangsa ragut? Siapa yang perlu menjawab semua soalan di atas? Ya, siapa lagi,........................ anda! Anda! dan anda.

Peragut hari ini saya lihat semakin agresif dan akan bertindak nekad untuk mencapai cita-cita mereka. Terdapat kes di mana orang yang ingin membantu mangsa ragut turut terkorban. Sia-siakah kematian mereka? Sudah hilangkah pertimbangan akal manusia di akhir zaman ini? Siapa yang perlu menjawab semua soalan di atas? Ya, siapa lagi,........................ anda! Anda! dan anda

Aku fikir..................
Semua kes ini bermula dengan peluang.Bila ada peluang manusia durjana ini akan cuba memenafaatkannya. Peragut melihat peluang terbuka luas di hadapan mata. Manusia peragut ini memang telah hilang segala pegangan agama dan nilai kemanusiaan dalam diri mereka. Apabila peluang terhidang di hadapan mata, pasti mereka akan bertindak.
Jadi tutuplah peluang tersebut!

Jika kita lihat kes-kes ragut yang berlaku paling banyak berlaku kepada wanita yang menunggang motosikal kerana golongan ini adalah mangsa paling lemah dan mudah. Kaum wanita biasanya akan membawa beg tangan. Berbanding lelaki yang meletakkan dompet mereka di seluar, wanita terpaksa memegang atau meletak beg tangan di dalam raga motosikal. Kenapa tak ambil perhatian perkara ini wahai kaum hawa...................

Aku fikir.................
Sudah sampai masa kaum wanita
1. Membawa beg tangan yang kecil – tinggalkan alat solek di rumah
2. Jangan letak beg tangan dalam raga motosikal
3. Sentiasa berkawan semasa menunggang motosikal
4. Sedia kotak menggantikan raga motosikal anda -kerajaan patut wajibkan penggunaan kotak pada motosikal

Ada pendapat pakar-pakar menyatakan jika ada diragut, jangan melawan, serahkan saja apa yang ada. Masuk akal ke? Saya fikir bintang pun akan melawan jika mereka diganggu.
Dalam beg tersebut biasanya terdapat semua yang penting pada kita, mungkin duit untuk beli susu anak atau duit perbelanjan sebulan atau apa saja. Berikan saja pada peragut...................... anda fikir..................!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya