My VVIP members

Sabtu, 15 Disember 2012

Nasi Ayam Gemas Mustafah

 
Semasa sedang berehat-rehat sambil membelek Berita Hari ini(Ahad 16 Dis) terjumpa satu atikel yang mengimbau kenangan semasa bertugas di Felda Palong 1,Gemas Negeri Sembilan pada tahun 1987. Banyak kenangan manis semasa di sana. Pertama kali menjejak kaki di bumi adat pepatih tu amat mengujakan. Ramai kawan di sana yang masih kekal dalam ingatan. Cikgu Rosli, Cikgu Zaki dan terlalu ramai untuk dinyatakan di sini.
Namun apa yang menarik yang hendak saya nyatakan di sini ialah ke istimewaan Nasi Ayam Mustafah. Seluruh Malaysia sudah saya pergi dan semua nasi ayam telah saya rasa tetapi bagi saya Nasi Ayam Mustafah adalah yang terbaik di Malayasia. Tiap kali makan nasi ayam saya pasti akan terkenang nasi ayam mustafah dan saya berkali-kali menyatakan pada kawan-kawan tentang nasi ayam mustafah adalah yang terbaik.
Kalau anda ke Gemas cubalah sendiri.
Saya sertakan bersama ini blog Nasi Ayam Mustafah dan maklumat untuk anda ke sana.
 
 
Cawangan utama
Nasi Ayam Gemas Mustafah Original
terletak di
Stesen Bas dan Teksi Gemas.
GPS Coordinate :  E:102*36'39.8'' N: 2*34'56.0''
 

Sabtu, 1 Disember 2012

Sekolah Britain haram pelajar perempuan pakai skirt pendek - Global - Sinar Harian

Sekolah Britain haram pelajar perempuan pakai skirt pendek 

LONDON - Sebuah sekolah menengah di Britain mengeluarkan arahan pengharaman memakai skirt pendek di kalangan pelajar perempuan sejak September lalu untuk mengelakkan berlakunya jenayah seksual.
Pelajar perempuan sekolah aliran sains, Moulton School and Science College di Northamptonshire sering melanggar peraturan yang dikenakan sehingga memaksa pengetuanya, Trevor Jones mengeluarkan arahan pengharaman itu.
Katanya, jika masih ada pelajar yang melanggar peraturan baru itu, pihak sekolah tidak teragak-agak memberi pakaian terpakai atau mereka dihantar pulang ke rumah untuk menukar skirt pendek berkenaan.

Ahad, 25 November 2012

Buah paling merbahaya di dunia

Buah durian adalah raja buah di Malaysia. Kenapa ia jadi raja buah? Mungkin antara sebabnya adalah buah durian paling sedap dan paling mahal harganya di Malaysia. Ada banyak variasi buah durian antaranya durian hutan, durian kampung; durian kawin dan lain-lain lagi. Mengapa ia menjadi antara 10 buah yang paling merbahaya untuk dimakan? Berapa ramai orang Malaysia yang mati kerana makan durian? Aku fikir merrka yang bodoh saja yang mengatakan buah ini merbahaya. Bodoh kerana tak belajar cara nak makan durian dan tak tahu pantang larang semasa makan durian. Ikan buntal yang terbukti merbahaya pun jadi makanan istimewa di Jepun kerana orang Jepun bijak. Jadi siapa yang bodoh menyenaraikan durian antars 10 buah yang paling merbahaya dimakan. Aku fikir buah yang paling merbahaya ada buah anggur sebab buah anggur boleh dijadikan minuman keras yang terbukti sangat banyak mudarat kepada manusia.

Sabtu, 24 November 2012

Mosang King vs D24

Pernah makan durian versi mosang king dan D24? Anda suka yang mana? Pada saya dua2 ada kelebihan tersendiri. Dua2nya sedap. Apa pendspat anda. Dari mana dapat nama Mosang King?

Anggur

O
.
Anggur berbuah lagi. Tak sangka anggur yang ditanam berbuah lagi. Walaupun rasanya masam. Kalau ada sesiapa yang tahu baja yg sesuai untuk buah anggur tolong beritahu ye.

Sungai Furat


Sungai Furat (bahasa Inggeris:Euphrates, bahasa Arab: نهر الفرات) adalah salah satu sungai yang mentakrifkan Mesopotamia (satu lagi Sungai Tigris) yang mengalir dari Anatolia. Sungai ini panjangnya lebih kurang 2,781 kilometer (1,730 batu).

Sungai Furat dalam Hadith

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu"."
Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."

Sungai Furat dalam sejarah

Sungai Furat memberi kehidupan yang membawa kepada kemunculan tamadun Sumeria, lebih kurang alaf ke-4 BCE. Kebanyakan bandar purba penting terletak di tebing sungai ini termasuk Mari, Sippar, Nippur, Shuruppak, Uruk dan Eridu. Lembah sungai ini juga membentuk pusat empayar Babylon dan Assyria. Pertempuran Karbala juga berlaku ditepi sungai Furat di mana Imam Hussain, keluarga dan sahabat beliau syahid.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".

Telah banyak peristiwa akhir zaman yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w sejak 1400 tahun dahulu telah menjadi kenyataan (sila rujuk posting yang berkenaan dilaman ini). Antaranya ialah seperti hadis diatas, akan keringnya Sungai Furat hingga akhirnya menampakkan gunung emas yang selama ini tersembunyi dari pandangan manusia. Rasulullah s.a.w menjelaskan lagi berlaku peperangan yang dahsyat untuk merebut emas tersebut.
Semasa dibawah pemerintahan Saddam Hussin pada pertengahan tahun 80-an, kerajaan Iraq telah membina empangan sepanjang Sungai Furat dan menenggelamkan sebahagian besar kawasan yang ada antaranya terdapat binaan tamadun terdahulu. Tetapi Iraq telah mengalami kemarau yang teruk pada tahun 2009 yang lalu hingga paras air empangan tersebut telah susut hingga menampakkan hampir 90% kawasan yang dulunya tenggelam.

Kejadian kemarau tersebut yang menyebabkan surutnya Sungai Furat telah menampakkan kawasan arkeologi purba yang sama sekali tidak disangka. Ratib al-Kubaisi seorang pegawai Jabatan Antikuiti di wilayah Anbar menyatakan," Ramai orang menyangka Anbar adalah kawasan padang pasir yang tidak mempunyai nilai sejarah tetapi dengan terjumpanya tapak ini ia menjadikan sebuah kawasan yang arkeologi yang terpenting di Iraq. Kawasan ini merupakan penempatan tamadun manusia pertama di Iraq".
Seorang nelayan di sungai tersebut, Sa'ad Naji memberitahu," Sungai ini telah surut kearas yang paling rendah pada ingatan kami," beliau menambah lagi," Kami mula mencari sekeliling kawasan ini dan menjumpai tempayan tanah liat dan tulang lama, syiling dan bahkan perhiasan emas".
Sekiranya Iraq menjumpai kawasan simpanan emas yang besar nescaya peperangan besar akan meletus dengan lebih hebat di wilayah yang sudah bergolak itu. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mengingati pesanan Rasulullah supaya menjauhi dari mengambil emas tersebut!

Khamis, 4 Oktober 2012

Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam sebanyak-banyaknya buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

gupj@pk...Minda Cik: "Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam sebanyak-banyaknya buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebelum cpj meneruskan penulisan ini terlebih dahulu cpj memohon maaf kepada ustaz-ustaz, tuan-tuan guru, alim ulamak dan cerdik pandai Islam kerana cpj menulis bukanlah atas kepakaran ilmu tetapi semata-mata menurut pendapat dan rasa hati sendiri yang amat kurang pengetahuan agama. Sekiranya apa yang cpj tulis ini salah atau menyalahi syaria't, harap dapatlah diberi teguran. Sebagai seorang muslim c"

'via Blog this'

Jumaat, 28 September 2012

Jejaki rakan anda melalui Nombor Telefon Bimbit (GPS)

Sistem navigasi (GPS) merupakan sebuah gajet yang membantu kita untuk mengetahui kedudukan sesuatu tempat dengan tepat melalui kordinat yang dipancarkan melalui satelit yang diterima oleh gajet tersebut.Dengannya,pasti kita tidak akan sesat (Itupun jika peta diupdate).Jadi,pada hari yang mulia dan penuh bersejarah ini, AF dengan senang hatinya  ingin memperkenalkan kepada anda sebuah laman web yang berfungsi secara online untuk mengesan secara terus kordinat seseorang itu hanya dengan memasuki nombor telefon si polan yang ingin dikesan.Cara yang cukup mudah.Apa yang perlu anda lakukan hanya mendaftar masuk ke laman web http://www.themobiletracker.com/ dan masukkan nombor telefon ditempat yang disediakan.
 Walaupun laman web ini masih lagi ditahap beta (tempoh percubaan),namun fungsi yang disediakan pihak mereka sangat  tidak mengecewakan.Mengambil masa kira-kira satu setengah minit untuk mengesan sesuatu nombor,itu tetap tempoh masa yang dikira agak pantas

 Jadi,apa yang perlu anda buat ialah memikirkan satu nombor yang ingin dikesan,masukkan diruangan disediakan dan tekan butang “Start seaching”.Anda pasti akan mendapat lokasi dimana mereka berada.
Servis ini anda mampu dapatkan di http://www.themobiletracker.com/

"Gula naik RM0.20 sekilo, teh tarik naik RM0.20 secawan..."

LUCU dan lawak, tapi ini cerita betul bukan rekaan. Najib Razak mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sekilogram dengan alasan yang dikemukakan, kerana 2.6 juta rakyat menghidap kencing manis (diabetes). Ayat "cover line" subsidi gula dikurangkan sebanyak RM0.20 sekilogram mulai esok, namun maksud sebenarnya ialah, mulai esok harga gula naik RM0.20 sekilogram.
Adakah logik dengan menaikkan harga gula sebanyak RM0.20 akan membantu 2.6 juta pesakit diabetes di Malaysia? Adakah langkah ini akan mencegah sakit diabetes di kalangan rakyat?
Benarkah kenaikkan harga gula akan menyebabkan pengeluar makanan dan minuman mengurangkan kandungan gula di dalam produk mereka? Ini petanda harga makanan dan minuman bakal meningkat lagi. 
Berdasarkan pengalaman lalu, apa yang jelas taukey restoran-restoran mamak akan ketawa besar memandangkan ini "lesen besar" untuk mereka menaikkan harga makanan dan minuman jualan mereka yang sudah sedia mahal. Ini peluang mamak buat untung. Barisan Nasional dengan "Barang Naik" bagaikan kentut dan taik tak dapat dipisahkan.

  "Gula naik RM0.20 sekilo, teh tarik naik RM0.20 secawan..."

Sabtu, 22 September 2012

Ayu Raudah Ditegur Peminat ‘Berpakaian Tapi Berbogel’

Ini bukanlah gambar Ayu Raudah tapi gambar kucing aku Comot. Dia memang berbulu tapi bogel la juga sebab kucing mana ada baju. kalau nak tengok gamabar Ayu Raudah tu ko orang carila kat internet. banyak ada aku tak mahula subahat. Sebab dia sekarang ni pun dah pakai tudung. Cuma hari tu tersilap pakai baju terjarang sikit ingat boleh cover dengan tudung, malangnya tudung pulak terselak. Paparazi ni pun satu pandai je cari sudut nak pekenakan orang. sepatutnya beritahula dahulu apa yg dia nampak tu, ini tidak saja nak aibkan orang. jawabla kat kubur nanti.
 Aku fikir........................... orang Malaysia ni suka sangat tengok orang lain jatuh dan dimalukan. Pakat ramai-ramai tepuk tangan.

Isnin, 17 September 2012

Bomoh gila seks ditangkap

 "Bomoh gila seks ditangkap
Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my

KIRI: Anggota JHEAINS menahan bomoh yang disyaki memperdayakan mangsa dengan amalan nikah batin di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu, Seremban semalam.

SEREMBAN – Taktik seorang bomoh memperdaya pesakitnya yang terdiri daripada golongan wanita untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan akhirnya memakan diri apabila dia ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu di sini semalam.

Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki berusia 48 tahun itu turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan."

kemalangan tren legoland malaysia


Benar atau tidak belum boleh dipastikan. Mungkin ini gambar dia orang sedang buat pemeiksaan keretapi tu. Apa-apa pun Legoland ni boleh jadi satu tempat tarikan pelancong ke Iskandar Malaysia. Tapi yang memeningkan kepala ialah tiketnya saya rasa terlalu mahal. Mungkin pihak pengurusan boleh fikirkan bayaran yang lebih rendah untuk rakyat Malaysia.

Sabtu, 15 September 2012

Memperingati Sabra dan Shatilla pada 16 September

Memperingati Sabra dan Shatilla pada 16 September
oleh Maszlee Malek (kolumnis Palestinkini)
Bagi umat manusia di seluruh dunia dewasa ini, tarikh 11 September merupakan tarikh yang mempunyai signifikasinya yang tersendiri. Tarikh itu juga merupakan tarikh yang telah mengubah landskap politik dunia, lebih-lebih lagi kepada dasar luar Amerika.
Sayangnya tarikh yang hampir serupa dengan tarikh tersebut dan juga mengandungi tragedi yang hampir pilu seperti peristiwa 11 September itu tidak pula dipedulikan dunia, malah ianya majhul dari pengetahuan ramai. Tarikh tersebut ialah 16 September, apa yang berlaku ?, peristiwa berdarah Sabra dan Shatilla di Beirut, Lubnan.
Peristiwa yang menyaksikan pembunuhan lebih 3000 orang awam rakyat Palestin yang mendiami kem pelarian Sabra dan Shatilla (menurut laporan rasmi oleh Amon Kapeliouk, seorang wartawan Israel yang terkenal, namun pihak tentera Israel hanya melaporkan 700 hingga 800 nyawa sahaja, laporan rasmi Palang Merah antarabangsa pula menyebutkan 2,400 pada 22 September 1982). Peristiwa itu berlaku pada tahun 1982. Ianya merupakan satu tindakan keganasan yang tidak pernah terbayang akan dilakukan oleh manusia yang berakal, apatah lagi oleh sebuah kerajaan.
Bagi Sami Hadawi, seorang pakar sejarah, beliau menyifatkan apa yang berlaku di Sabra dan Shatilla itu hanyalah pengulangan terhadap banyak lagi kegansan oleh rejim Israel, terutamanya peristiwa Deir Yassin pada tahun 1948.
Jika pihak Amerika menunding jari ke arah Osama Ben Laden dan rangkaian al-Qaedahnya di atas serangan 11 September tanpa sebarang bukti yang kukuh dan meyakinkan. Peristiwa penyembelihan rakyat Palestin di Sabra dan Shatilla pula tiada keraguan lagi bahawa tentera rejim Zionis Israel di bawah pimpinan menteri pertahanannya Ariel Sharonlah yang melakukannya. Tiada siapa yang dapat menafikan pihak Israellah yang melakukan jenayah tersebut dengan kerjasama kumpulan radikal kumpulan Phalangist yang terdiri daripada kumpulan Kristian Maronite melalui Kataib (komando) mereka dan juga kumpulan militan kristian al-Haddad.(Walau bagaimanapun Dr Ang Swee Chai di dalam bukunya “From Beirut to Jerusalem” mempunyai teorinya yang tersendiri. Beliau, sebagai saksi terhadap peristiwa tersebut beriman bahawa pihak Israel yang 100% terlibat dalam penyembelihan tersebut dan hanya menggunakan identiti Maronites dan Haddan. Teori ini dilihat bertentangan dengan pengakuan para mangsa penyembelihan tersebut dalam buku “Ku warnakan salji hitam” tulisan Dr. Alijah Gordon).
Jika Osama diberikan label pengganas di atas jenayah yang tidak pasti samada beliau terlibat atau tidak, mengapa Ariel Sharon tidak pula dinobatkan dengan “pangkat” yang sama?, mengapa kerajaan Zionis Israel juga tidak diberikan darjat seperti itu juga?, lebih menarik tiada apa tindakan di peringkat antara bangsa dikenakan ke atas mereka. Yang pastinya Saddam dan Ben Laden merupakan orang yang rugi di kaca mata orang Yahudi kerana tidak dilahirkan sebagai seorang Yahudi, dan tidak membunuh di atas nama mempertahankan keselamatan negara Israel. Jika tidak, pasti mereka tidak akan digelar sebagai pengganas.

Jika pihak Amerika menggembar-gemburkan kematian hampir 4000 orang awam mereka pada 11 September, bagaimana pula dengan 3000 (atau 2,400) rakyat Palestin di kem pelarian Shatilla pada 16 September 1982?, bukankah yang terkorban itu kanak-kanak, wanita yang lemah dan orang-orang tua yang tidak berdaya. Lebih dahsyat lagi mereka dibunuh ketika berada di dalam rumah mereka sendiri, di dalam perjalanan ke sekolah, ketika sedang dalam perjalanan ke kedai, malah ada yang dibunuh ketika sedang berada di dalam tandas-tandas awam. Kecualilah jika dunia bersetuju dengan kenyataan Israel bahawa mereka hanya membunuh para”pengganas” PLO dan bukannya orang awam (yang ajaibnya, dunia jelas menjadi saksi kepada gambar-gambar anak kecil, wanita dan warga tua yang dibunuh bergelimpangan di tengah jalan).
Jikalaulah Majlis Keselamatan PBB boleh mengeluarkan ketetapan 1373 dalam persidangannya yang ke-3485 pada 28 September sejurus selepas peristiwa 11 September, mengapa tiada ketetapan yang seumpamanya diluluskan selepas 16 September 1982?
Ketetapan yang telah memberikan AS sepenuhnya kuasa untuk menjajah mana-mana tempat di muka bumi ini di atas alasan memerangi keganasan itu telah digunakan sebaiknya oleh mereka. Siapa yang paling beruntung ?, sudah tentunya Israel yang pastinya dengan mudah mengarahkan AS untuk melumpuhkan mana-mana negara yang mereka anggap sebagai ancaman terhadap keselamatan rakyatnya.
Dosa Israel di Sabra dan Shatila dengan mudah dilupakan dunia. Jika Afghanistan dan Iraq dihancurkan di atas panji melawan keganasan dan menegakkan keadilan, mengapa Israel tidak menikmati nasib yang sama dari dulu lagi? Hanya AS dan juga pemimpin-pemimpin negara-negara Arab sahaja yang layak menjawabnya. Bukankah kerana Shatilla Sharon telah mendapat gelaran ?The Butcher of Beirut?. Bagaimana tidak, gambar ratusan kanak-kanak yang dikorek mata, dirobek perut dan di potong anggota-anggota badannya hasil pembantaian tersebut telah cukup menjadi saksi. Gambar mayat-mayat wanita yang dirobek perutnya, dibogelkan dan di gantung di tengah jalan juga sudah cukup untuk rejim Israel sepatutnya dikenakan tindakan yang 200 kali ganda lebih berat dari apa yang menimpa rakyat Afghanistan yang tidak berdosa.
Jika Slobodan Milosevic (mantan presiden Serbia) boleh dihadapkan ke mahkamah kerana darah rakyat Bosnia, Saddam kerana darah rakyat Iraq dan sebelum mereka aparat-aparat Nazi di Nuremberg, mengapa tidak Sharon?
Tiadakah negara-negara Islam yang berani untuk menghadapkan Sharon ke muka pengadilan?, bukan hanya Sabra dan Shatila, malah Baitul Maqdis lewat 28 September 2000, Jenin 2003, Tebing Barat 2003, Refah 2004, Syeikh Ahmad Yassin, Dr. A. Aziz al-Rantisi dan ribuan lagi rakyat Palestin yang menjadi mangsa insan yang digelar sebagai “Bull Dozer” oleh rakyat negaranya sendiri.

Apa yang berlaku di dunia Ini amat sukar difahami. Tiada siapa yang dapat menyelesaikan kerumitannya. Yang pasti umat Islam akan terus menjadi mangsa keadaan berdasarkan nafsu hegemoni kuasa uni-polar AS dan yang pasti juga ramai umat Islam yang lebih mengenali igauan 11 September dari kecelakaan 16 September …

Isnin, 10 September 2012

Galop dengan alatan



  1. . Berlari seperti kuda.
  2. . Pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara cepat sambil membuat bulatan besar di sisi badan dengan menggunakan reben.



Ahad, 9 September 2012

Suami berhenti kerja jaga isteri koma - Nasional - Sinar Harian

Suami berhenti kerja jaga isteri koma - Nasional - Sinar Harian: "

Abil bersama isterinya Fauziah yang koma.- Foto ihsan blog Abil
Abil dan Fauziah saat meniti bahagia di hari perkahwinan mereka.
"DIA amanah saya. Saya dahan dia, tempat dia bergantung," kata Abil Fikri Ahmad, 43 yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.

Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Mungkin tidak semua lelaki yang bergelar suami di dunia ini sanggup melakukan pengorbanan yang dibuat oleh Abil.
"

'via Blog this'

Ahad, 2 September 2012

Cikgupj@pk...Minda

Cikgupj@pk...Minda: "Maksud Hadith :
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”
"

'via Blog this'

Sabtu, 1 September 2012

Datuk gersang dicekup bersama janda

Datuk gersang dicekup bersama janda
 
Seorang lagi pasangan ditahan berusia 40 dan 31 yang berasal dari Kedah yang ditahan mengaku sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bulan ini merayu minta dilepaskan kerana takut dan malu apabila perbuatan sumbang mereka diketahui.

Kesemua pasangan tersebut yang berusia 20 hingga 50 tahun dibawa ke masjid dengan menaiki van jenazah sebelum ke semua diberikan kaunseling oleh imam masjid.
Timbalan Nazir Masjid Al-Muhtadin, Nasir Hassan berkata, operasi itu dilakukan bagi membanteras gejala maksiat di kawasan perumahan itu.
“Hotel-hotel bajet di sini memang sentiasa dipantau kariah di sini berikutan ia sering menjadi tumpuan pasangan kekasih melakukan perkara yang kurang bermoral,” katanya.
Susulan tersebut, satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Damansara Damai berhubung tangkapan yang dilakukan.
- AGAMA @ forblogger.net

Isnin, 27 Ogos 2012

Al - Binory: Gara-Gara Mandi Telanjang , Di Sambar Ipar Yang Sedang "BERPUASA"

Al - Binory: Gara-Gara Mandi Telanjang , Di Sambar Ipar Yang Sedang "BERPUASA": "Rogol adik ipar ketika isteri dalam pantang

“Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami,” jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu."

'via Blog this'

Ditembak selepas ngaku Pok Mat - Semasa - Sinar Harian

Ditembak selepas ngaku Pok Mat - Semasa - Sinar Harian: "UALA TERENGGANU - Seorang peniaga kedai runcit maut selepas terkena dua das tembakan pada jarak dekat di rusuk kanan belakang dan rusuk kiri depan oleh tiga lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian di Kampung Bukit Cempedak, Wakaf Tapai, Marang, malam kelmarin.
"

'via Blog this'

10,000 Syrian refugees stuck in Turkish border

10,000 Syrian refugees stuck in Turkish border: "ANKARA, Aug 28: Some 10,000 Syrian refugees are waiting on the Syrian side of the border as Turkey rushes to build more camps to accommodate the influx and carries out more stringent security checks on the newcomers, Turkish officials said Monday.

The developments underscore the growing toll Syria's civil war is having on neighboring countries, several of which have seen a massive flow of Syrians trying to escape the conflict which activists estimate has killed more than 20,000 people since March of last year.

Turkey has so far taken in more than 80,000 Syrians, and all nine Turkish refugee camps along the border are full. Until recently, newcomers were being housed in schools, dormitories or sports centers near the border while Turkish authorities scamper to construct four new camps that will increase Turkey's capacity to 100,000 refugees."

'via Blog this'

Ahad, 26 Ogos 2012

www.islam.gov.my - Laman Waktu Solat JAKIM

www.islam.gov.my - Laman Waktu Solat JAKIM: "Panduan Solat Qasar Dan Jama'



Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat       yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua       rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh       diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar"

'via Blog this'

Solat jamak, qasar ketika balik kampung

Solat jamak, qasar ketika balik kampung: "Jika kita berasal di satu tempat, kemudian kita berpindah darinya dan tinggal/bermastautin di tempat yang lain, merujuk kepada amalan Nabi SAW, harus kita melakukan solat musafir (yakni jamak dan qasar) tatkala kita bermusafir ke tempat asal kita jika jaraknya melebihi dua marhalah dari penempatan baru kita"

'via Blog this'

Rabu, 1 Ogos 2012

Al - Binory: Benarkah Penubuhan Negara Malaysia Sudah Dirancang FREEMASON ? Jom Terjah !!!!

Al - Binory: Benarkah Penubuhan Negara Malaysia Sudah Dirancang FREEMASON ? Jom Terjah !!!!: "The Pirates Of Malaysia (Italian: I Pirati Della Malesia) is an exotic adventure novel written by Italian author Emilio Salgari, published in 1896. It features his most famous character, Sandokan, and is a sequel to The Tigers Of Mompracem."

'via Blog this'

Isnin, 16 Julai 2012

Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan



Kosmo! Online - Terkini: "Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis ini (19 Julai).

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 30 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.

Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang."

'via Blog this'

Amuk: Wanita dituduh buat ugutan, bawa pedang

Kosmo! Online - Terkini: "PUTRAJAYA – Wanita yang mengamuk bersama seorang lelaki dengan bersenjatakan pedang samurai di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini minggu lepas, hari ini didakwa atas dua tuduhan iaitu ugutan jenayah dan membawa pedang.

Muhdalena Ahmad, 28, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Muhdalena didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini yang bersidang di wad ortopedik Hospital Putrajaya, di mana dia sedang menerima rawatan akibat daripada kecederaan yang dialaminya dalam kejadian amuk itu."

'via Blog this'

Oren: Tanpa provokasi jutaan wang negara selamat

Oren: Tanpa provokasi jutaan wang negara selamat: "KUALA LUMPUR: Himpunan Oren Selamatkan Felda semalam terbukti dan teruji jika tidak ada provokasi maka himpunan akan menjadi aman dan harmoni.

Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada peserta Himpunan Oren dan Gerakan Selamat Felda (GSF) semalam yang berjaya menyerahkan memorandum membantah penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong."

'via Blog this'

Tuntutan Oren penentu masa depan Melayu

Tuntutan Oren penentu masa depan Melayu: "Tuntutan Perhimpunan Oren mengenai isu penyenaraian  FGVH dalam bursa saham harus menjadi titik perubahan politik Melayu di negara ini. Ia bukan sahaja isu yang berkait dengan hak peneroka Felda malah harus dilihat sebagai isu penentu nasib dan masa depan orang Melayu.
"

'via Blog this'

Bayaran: Penjelasan Aishah



Kes amuk: Adik orang kanan Khalil direman - Semasa - Sinar Harian


Kes amuk: Adik orang kanan Khalil direman - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

Khamis, 5 Julai 2012

Kosmo! Online - Negara

Kosmo! Online - Negara: "KUALA LUMPUR - Kemeriahan kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012 yang berlangsung selama sebulan berakhir pada Isnin lalu mengheret 100 individu termasuk empat orang kenamaan (VIP) ke dalam lokap kerana bertindak sebagai bookie.

Kesemua mereka yang terdiri daripada 83 lelaki dan 17 wanita berusia 20 hingga 65 tahun itu diberkas secara berasingan dalam Ops Soga di seluruh negara."

'via Blog this'

100 batu nisan dilonggok belakang stor

Kalau kejadian ini belaku pada kubur bangsa lain mesti dah ramai yg melenting dan dah tentu ahli politik mereka akan masuk campur.
KANGAR - Projek menambak dan membersihkan Tanah Perkuburan Islam Tok Kembung, Repoh di sini menimbulkan kontroversi apabila waris dan penduduk sekitar mempersoalkan tindakan pekerja sebuah syarikat kontraktor mencabut batu nisan lebih 100 kubur sebelum dilonggokkan di belakang sebuah stor dekat situ sejak sejak Khamis lalu.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Ahad, 24 Jun 2012

Uncle Usin


Sabtu, 23 Jun 2012

Doa Semasa Memakai dan Menanggal Pakaian



Al-Fatihat Untuk Ibu Bapa


Doa Untuk Mendapat Anak Yang Baik

Doa Untuk Mendapat Anak Yang Baik

Khamis, 24 Mei 2012

alkohol

Utusan Malaysia Online - Bicara Agama: " Tanggapan sedemikian tidak tepat. Memang sebagai umat Islam, kita wajib mencari yang halal. Dalam hal ini sudah pastilah bebas daripada arak dan alkohol atau juga secara umumnya dikenali sebagai etanol.

Salah tanggapan ini antara lain akibat kesilapan dalam menterjemahkan khamar daripada asal perkataan Arab kepada bahasa Inggeris sebagai alkohol. Sedangkan maksud sebenar khamar adalah arak."

'via Blog this'

Ahad, 20 Mei 2012

Naik gaji pensyarah langkah bijak - Nasional - Sinar Harian

Naik gaji pensyarah langkah bijak - Nasional - Sinar Harian: "SHAH ALAM - Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini supaya kajian semula gred gaji pensyarah dilakukan bagi memberi imbuhan kepada golongan itu disifatkan satu langkah bijak.

Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Profesor Madya Dr Aminuddin Ruskam Al Dawamy berkata, terdapat pensyarah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang masih belum menerima kenaikan gred gaji walaupun sudah lama berkhidmat."

'via Blog this'

Khamis, 17 Mei 2012

Berita Harian Online | Hadiah guru

Berita Harian Online | Hadiah guru: "KUALA KANGSAR: Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, kerajaan memberi hadiah istimewa kepada 24,053 guru lagi apabila mereka dinaikkan pangkat selepas memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai Jun ini.

Kenaikan pangkat bagi mengiktiraf sumbangan mereka mendidik anak bangsa itu, membabitkan 8,222 guru lepasan siswazah dan 15,831 lepasan diploma.
Guru siswazah menikmati kenaikan ke gred DG44 hingga DG54, manakala guru bukan siswazah dari GDA32 hingga DGA38."

'via Blog this'

Rabu, 16 Mei 2012

Lelaki Ini Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..

Lelaki Ini Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..: "Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.

Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi. Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri."

'via Blog this'

Khamis, 10 Mei 2012

Piring Astro Menghadap Kaabah?

Piring Astro Menghadap Kaabah?:

Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro.Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit.

Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU?


'via Blog this'

Isnin, 7 Mei 2012

Jimmy Shanley dakwa isteri akui mengandung anak luar nikah - Semasa - Sinar Harian

Jimmy Shanley dakwa isteri akui mengandung anak luar nikah - Semasa - Sinar Harian: "SHAH ALAM - Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy."

'via Blog this'

Khamis, 3 Mei 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia

Bob Kuman Meninggal Dunia: "KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Husni Rawi atau Bob Kuman disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini.

Kematian artis komedi terbabit yang berusia 40 tahun disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.

Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama “Jangan Pandang Belakang Congkak” di Hulu Langat tahun lalu."

'via Blog this'

Bob Kuman meninggal, disemadi di Rantau

Bob Kuman meninggal, disemadi di Rantau: "PETALING JAYA, 3 Mei: Jenazah pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah dibawa ke Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan untuk disemadikan setelah disolatkan di Masjid Kota Damansara, jam 9.30 malam ini."

'via Blog this'

Ahad, 22 April 2012

Wanita pekerja pusat urut dakwa dipukul polis - Utara - Sinar Harian

Wanita pekerja pusat urut dakwa dipukul polis - Utara - Sinar Harian: "ALOR SETAR - Seorang pekerja wanita berusia 42 tahun di sebuah pusat urut di Taman Rakyat, mendakwa dipukul sekumpulan anggota polis sewaktu ditahan ketika serbuan di premis berkenaan 14 April lalu.

Lay Suet Peng mendakwa dipukul di bahagian kepala dan belakang menyebabkannya terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
"

'via Blog this'

Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan - Semasa - Sinar Harian

Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan - Semasa - Sinar Harian: "[TERKINI 1.35 PAGI] TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam."

'via Blog this'

Dicekup bogel dengan nelayan - Semasa - Sinar Harian

Dicekup bogel dengan nelayan - Semasa - Sinar Harian: "KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat."

'via Blog this'

Khamis, 19 April 2012

Sepasang kekasih ditemui mati dalam kereta - Semasa - Sinar Harian

Sepasang kekasih ditemui mati dalam kereta - Semasa - Sinar Harian: "KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit mati dalam sebuah kereta di Bukit Puchong pukul 1 petang tadi akibat terhidu gas beracun dari alat penghawa dingin.

Seorang jurucakap polis berkata, mayat lelaki berusia 32 tahun dan teman wanitanya berusia 26 tahun ditemui oleh ayah si lelaki tersebut dalam kereta yang diletakkan di dalam bengkel milik mangsa."

'via Blog this'

kerugian RM3.2 juta

Kosmo! Online - Negara: "KUALA LUMPUR - Jenayah Macau Scam yang sebelum ini didalangi warga China dan Taiwan dilihat berubah arah apabila rakyat tempatan mula dikesan mendalangi sindiket itu sehingga berjaya menipu seorang peguam bergelar Datuk.

Peguam yang bergelar Datuk dari Tawau, Sabah itu kerugian RM3.2 juta pada Februari lalu selepas terpedaya dengan panggilan anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman."

'via Blog this'

seks dengan bayaran RM130.

Kosmo! Online - Negara: "KUALA LUMPUR – Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam keadaan tertekan apabila dia dihujani berpuluh-puluh panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenalinya setiap hari kerana menyangka dirinya menawarkan perkhidmatan seks sejak 18 Mei tahun lalu.

Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Too, 42, mendakwa, panggilan yang diterimanya itu adalah berpunca daripada tindakan suaminya yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kawan-kawannya dengan menyatakan dirinya menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM130."

'via Blog this'

Rabu, 18 April 2012

Kosmo! Online - Sukan

Kosmo! Online - Sukan: "KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mengakui beliau kecewa kerana jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei tidak hadir pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2011 di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan malam kelmarin.

Zolkples berkata, ketiadaan Chong Wei yang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2011 sedikit sebanyak telah mencacatkan majlis itu."

Itu belum lagi menang pingat Emas Sukan Olimpik dan dapat habuan RM1juta serta pencen RM5K sebulan.
'via Blog this'

Isnin, 16 April 2012

Kosmo! Online - Negara

Kosmo! Online - Negara: "KUALA LUMPUR - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tempatan didakwa berselindung di sebalik aktiviti kesenian dan perfileman bagi menjayakan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Setiausaha Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani berkata, NGO terbabit turut menggunakan alasan hak asasi manusia untuk mempromosi gaya hidup seks bebas dan perkahwinan sejenis kepada rakyat Malaysia."

'via Blog this'

Khamis, 12 April 2012

Kosmo! Online - Dunia

Kosmo! Online - Dunia: "SYDNEY - Beribu-ribu remaja perempuan menyerbu studio sebuah stesen televisyen di sini semalam untuk tidak melepaskan peluang melihat anggota kumpulan pop Britain-Ireland, One Direction.

One Direction yang dianggotai oleh lima anak muda berusia antara 18 hingga 21 tahun telah dikerumuni peminat sejak mereka tiba di sini dalam konsert jelajah pertama di Australia.

Bakat kumpulan berkenaan dicungkil menerusi program televisyen Britain, The X Factor."

'via Blog this'

Kosmo! Online - Dunia

Kosmo! Online - Dunia: "JAKARTA - Sekurang-kurangnya tiga ombak tsunami setinggi sehingga 80 sentimeter (sm) melanda pesisiran pantai Indonesia selepas satu gempa bumi kuat berukuran 8.6 pada skala Richter menggegarkan Pulau Sumatera semalam.

"Alat pengukur ombak dan boya kami merekodkan tsunami kecil," Pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Kristiawan."

'via Blog this'

Sabtu, 7 April 2012

zaireey@TMK: Cara Letak Facebook Chat pada Side Bar Browser

zaireey@TMK: Cara Letak Facebook Chat pada Side Bar Browser: "Cara Letak Facebook Chat pada Side Bar Browser

Jika anda inginkan keselesaan semasa chatting di Facebook sambil melayari laman web lain, tips ini mungkin boleh membantu. Ia secara tidak langung dapat mengelakkan anda dari membuka kembali tab Facebook semata-mata anda ingin membalas chat rakan anda. Ikut langkah-langkah di bawah: "

'via Blog this'

Selasa, 3 April 2012

Hon Jia Yun ~: Jenis latihan untuk LOMPAT TINGGI ~

Hon Jia Yun ~: Jenis latihan untuk LOMPAT TINGGI ~: "Jenis latihan untuk LOMPAT TINGGI ~
1.LATIHAN GARISAN
ÒPALANG LOMPATAN DILETAKKAN DI ATAS LANTAI GELANGGANG.
ÒPENDEKATAN MELOMPAT PADA SUDUT 45° DIGUNAKAN.
ÒKAKI DIHAYUNKAN KE HADAPAN DAN LOMPATAN DIBUAT MELINTASI PALANG DENGAN PENDARATAN KAKI YANG SAMA."

'via Blog this'

Isnin, 2 April 2012

k...Minda Cikgupj@p

k...Minda Cikgupj@p: "bukanlah keturunan awang hitam atau suku sakat dengannya, bukan juga suka kepada mereka dan nak jadi hero yang membela, tetapi mereka juga manusia seperti kita yang perlukan keadilan dan perlindungan undang-undang. Bukan semuanya mereka itu jahat, ada sebahagian yang ingin menumpang kemakmuran negara  ini. Si pengacau tetap pengacau, walaupun dari kalangan kaum kita sendiri, tetapi berilah hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang ada. kalau tak cukup undang-undang, itulah tugas badan kehakiman dan parlimen dalam negara demokrasi berparlimen. Janganlah ikut hukum rimba!Penguatkuasaan undang-undang yang ada mesti dilaksanakan bukan membiarkan rasuah berleluasa dalam negara sehingga akhirnya awang hitam atau awang putih bermaharajalela!fikir-fikirkanlah.."

'via Blog this'

Ahad, 1 April 2012

Bangkit selepas tragedi hitam - Hiburan - Sinar Harian

Bangkit selepas tragedi hitam - Hiburan - Sinar Harian: "Suatu ketika dulu, lagu Menaruh Harapan, pernah berjaya mencipta kemenangan di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 1987.

Sejak menjuarai anugerah berprestij ini, nama Zaiton Sameon, 56, semakin dikenali dan menjadi bualan ramai. Mana tidaknya, dengan penampilannya yang sentiasa bergaya dengan gaun-gaun berwarna terang, Zaiton berjaya mencipta fenomena tersendiri.

Namun, tragedi 21 Februari 1990 seakan meragut segalanya dan Zaiton terpaksa akur dengan kehilangan anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar, yang berusia 13 tahun dalam satu kemalangan."

'via Blog this'

Kakitangan awam boleh semak pelarasan gaji di web JPA - Nasional - Sinar Harian

Kakitangan awam boleh semak pelarasan gaji di web JPA - Nasional - Sinar Harian: "KUALA LUMPUR -  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM)."

'via Blog this'

Sabtu, 31 Mac 2012

Fakta dan Khasiat Habbatus Sauda Penawar Penyakit

Fakta dan Khasiat Habbatus Sauda Penawar Penyakit: "
Salam buat semua rakan pembaca.Hari ini jom kita lihat fakta serta khasiat habbatus sauda,antara tumbuhan yang dikatakan sebagai'white spectrum herb', iaitu mampun untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izinNya. Habbatus sauda memang popular di Malaysia dan negara di Asia. di Malaysia terdapat pelbagai syarikat jualan langsung dan juga syarikat single level yang mempopularkan Habbatus sauda di dalam pelbagai campuran minuman dan makanan kesihatan.

Habbatus sauda merupakan tumbuhan yang berasal dari selatan dan barat daya Asia. Merupakan tumbuhan yang berbunga sepanjang tahun. Mempunyai daun yang halus serta mempunyai bunga yang berbentuk kapsul.Di dalam bunga berbentuk kapsul inilah terdapatnya biji benih, jika dikeringkan atau setelah buah matang ianya pecah dan terdedah kepada udara menyebabkan biji benih tadi akan berwarna hitam.. Mempunyai ketinggian 12 -8 inci serta bunga berwarna ungu muda dan putih. Biji benihnya sebelum matang mempunyai rasa pahit dan pedas."

'via Blog this'

Sabtu, 10 Mac 2012

10.10.10 SALIN KULIT: KENAPA TUJUH?

10.10.10 SALIN KULIT: KENAPA TUJUH?: pagi tadi paksu berurusan dgn bank. dapat chit giliran berakhir dgn angka 007 (james bond). teringat paksu tentang keistimewaan tujuh di sek...

Isnin, 5 Mac 2012

Kosmo! Online - Negara

Kosmo! Online - Negara:


SHAH ALAM - Pengacara televisyen Astro, Jimmy Shanley mengaku telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sebanyak dua kali sepanjang 19 hari berkahwin.

Menurut Jimmy, kali pertama dia menampar Nursuhaila adalah pada hari ketiga berkahwin di rumah mertuanya di Sungai Buloh dekat sini.

Kali kedua dia berbuat demikian ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan sebagai pengajaran untuk mengelak wanita itu menjadi derhaka selepas mengabaikan dirinya sebagai suami.

"Dia ada menangis, namun tiada kecederaan," katanya yang mengakui perkahwinan mereka bermasalah sejurus selepas bernikah pada 1 Oktober 2010.

"Selepas kejadian (ditampar), isteri saya terus daftar keluar (dari hotel) dan pergi ke Bangkok seorang diri manakala saya pulang ke Kuala Lumpur pada 20 Oktober," katanya semasa disoal peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus.


'via Blog this'

Ahad, 4 Mac 2012

Zaireey@Sports: ASPEK NEUROFISIOLOGI KEBANGKITAN

Zaireey@Sports: ASPEK NEUROFISIOLOGI KEBANGKITAN: Apakah yang anda faham tentang kebangkitan? Kebangkitan ataupun juga disebut sebagai arousal, drive, activation, readiness dan excitation a...

Khamis, 1 Mac 2012

kgupj...minda ci

kgupj...minda ci: JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin. Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga. Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.

cikgupj...minda

cikgupj...minda

zaireey@TMK: 'Papa, mama... tolong saya!'

zaireey@TMK: 'Papa, mama... tolong saya!': Oleh FIRDAUS HASSAN firdaus.hassan@kosmo.com.my SUBANG JAYA – Para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah dinasihatkan supaya tidak te...

Ahad, 26 Februari 2012

Zaireey@Sports: Cara Meningkatkan Traffic Blog..

Zaireey@Sports: Cara Meningkatkan Traffic Blog..: Oleh Abdul Aziz Pada jam 9:01 PM Trafik atau pengunjung merupakan satu faktor utama jika anda menjalankan bisnes, tak kira samada dilak...

Zaireey@Sports: Stage 3 Melaka - Parit Sulong Sunday, 26 February ...

Zaireey@Sports: Stage 3 Melaka - Parit Sulong Sunday, 26 February ...: STAGE 3 - Results Summary Melaka - Parit Sulong 26 February 2012 Issued: 26 Feb 2012, 15:29 1: Guardini,Andrea (Farnese Vini - Selle Ita...

Rabu, 25 Januari 2012

MRSM GURU

MRSM FELDA

MRSM PDRM

PDRM ATM

MRSM GURU






Selasa, 24 Januari 2012

Pertandingan Buka Bra

Dalam video ini terlihat ada 3 peserta perempuan yang sedang berlumba membuka bra mereka, Siapa yang cepat dialah pemenangnya. Macam ni punya pertandingan pun ada. Dunia nak kiamat





Ahad, 22 Januari 2012

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: 'welcome to nginx'

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: 'welcome to nginx': i have a difficulty with my firefox browser...my browser showed 'welcome to nginx'....how can i fix this??? here, Ini apa yang saya alami ...

Jumaat, 20 Januari 2012

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Strange voice heard across Kota Samarahan


URL

www.zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com  

zaireey@pendidikan jasmani dan sains sukan telah ditukar kepada 

http://www.zairedin.com/

Review of Zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com  


Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Strange voice heard across Kota Samarahan: The second incident occurred on the morning of January 12, 2012, the sound is heard for three hours and the noise that appears every three ...

Sabtu, 14 Januari 2012

Mereka semakin kejam - 6 - Mengaku rogol kanak-kanak dipenjara 10 tahun


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 13, 2012
Mengaku rogol kanak-kanak dipenjara 10 tahun
KOTA BHARU – Seorang pengawal keselamatan senyum bersahaja ketika diiringi polis keluar Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas dijatuhi hukuman 10 tahun penjara.

Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha bersabit kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun 9 bulan di sini, dua tahun lalu, mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mohamad Yuzwan Hamat, 26, dari Kampung Bukit Tiu, Machang mengaku bersalah merogol kanak-kanak terbabit di sebuah bilik di kampung sama antara jam 11 malam, 20 Januari 2010 dan 1 pagi, keesokan harinya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa masuk ke bilik tidur bersama adik perempuan tertuduh di rumah kakak iparnya di alamat berkenaan. Tertuduh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu ingin berjumpa mangsa sebelum masuk melalui tingkap serta merogol mangsa ketika adiknya sedang tidur.

Pada petang keesokan hari pengadu menceritakan kejadian itu kepada kakak iparnya dan pengadu kemudiannya membuat laporan polis. Tahu tentang laporan itu, tertuduh bertindak melarikan diri dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah bank di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, selepas dua tahun, tertuduh berjaya ditahan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 4 Januari lalu.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali memohon hukuman berat terhadap tertuduh berdasarkan faktor usia mangsa yang masih di bawah umur.

Mereka semakin kejam - 5 - Putus jari diserang perompak


SYAMILAH ZULKIFLI
January 14, 2012
Putus jari diserang empat perompak
SEREMBAN 2 - Seorang ahli perniagaan putus ibu jari kanan dan cedera di lengan serta kepala. selepas diserang empat perompak yang memecah masuk rumahnya di Park Avenue, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, penyamun terbabit yang bersenjatakan parang, sabit, kunci stering dan kayu berjaya masuk ke dalam rumah selepas mengumpil pintu tepi kediaman mangsa.

Ketika kejadian, mangsa bersama isteri dan dua anaknya nyenyak tidur, dan terjaga selepas terdengar bunyi rumah dimasuki orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, empat penyamun terbabit dipercayai warga asing.

Menurutnya, salah seorang anak mangsa yang menyedari kejadian itu menjerit meminta tolong menyebabkan seorang daripada penyamun terbabit berang, lalu memukul mangsa dan isterinya.

“Berlaku pergelutan antara mangsa dan penyamun, menyebabkan pasangan suami isteri terbabit mengalami kecederaan, mengakibatkan ibu jari kanan ahli perniagaan terbabit putus.

“Selepas pergelutan itu, penyamun mula panik dan segera melarikan diri, tetapi sempat meragut rantai leher anak mangsa,” katanya.

Hamdan berkata, siasatan awal mendapati, penyamun berkenaan hanya sempat mengambil rantai dan tiada barangan lain yang diambil dari rumah terbabit.

“Pihak polis masih menyiasat kejadian mengikut Sek­syen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan ber­kum­pulan.

“Mangsa kini masih mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur untuk menyambung jarinya," katanya.

Manakala isterinya yang turut cedera di jari manis mendapat rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malay­sia (HUKM).http://www.sinarharian.com.my/jenayah/putus-jari-diserang-perompak-1.18063

Mereka semakin kejam - 4 - Nenek kutip durian di kebun kena rogol

BENTONG: Tanpa mengira usia, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an merogol nenek berusia 69 tahun ketika mangsa mengutip durian di kebunnya di Chamang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang bersendirian, terkejut dan rebah selepas disergah lelaki terbabit sebelum suspek mengikat tangan wanita berkenaan menggunakan kain dan merogolnya.
Mangsa menggagahkan diri melepaskan ikatan tangan dan pulang mengadu dirinya dirogol kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan.

"Siasatan awal mempercayai suspek sudah lama memerhati mangsa dari jauh sebelum menyerang dan bergelut dengan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan rogol. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nenekkutipduriandikebunkenarogol/Article/

Mereka semakin kejam - 3


Manis kahwin enam bulan

KUALA LIPIS: Seorang isteri muda baru enam bulan berkahwin ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dikelar dan tubuhnya ditikam beberapa kali di rumahnya di Bukit Betong, di sini, petang kelmarin.
Mayat mangsa, Nornadia Abu Bakar, 21, ditemui terbaring berlumuran darah di dapur rumah oleh suaminya, Ahmad Khairu Ab Raman, 27, sejurus pulang daripada menoreh getah kira-kira jam 5.40 petang.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, polis percaya pembunuhan itu tidak bermotifkan rompakan kerana barang kemas mangsa tidak hilang, namun polis masih mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa bersendirian di rumahnya manakala suaminya keluar bekerja menoreh getah.


“Sebaik tiba di rumah, si suami memanggil mangsa beberapa kali, namun tiada sahutan sebelum terkejut apabila menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah di dapur,” katanya.


Menurutnya, suami mangsa menghubungi Balai Polis Padang Tengku, dekat sini, untuk memaklumkan kejadian berkenaan, kira-kira jam 6 petang kelmarin.
“Sepasukan anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan mangsa baru enam bulan mendirikan rumah tangga itu sudah meninggal dunia di tempat kejadian.


“Mangsa dipercayai mati beberapa jam sebelumnya. Siasatan mendapati leher mangsa bukan saja dikelar malah tubuhnya turut ditikam beberapa kali dengan senjata tajam oleh penyerang dipercayai lebih daripada seorang,” katanya.


Abdul Razak berkata, hasil soal siasat dan keterangan suami mangsa, polis menahan empat lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Menurutnya, jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarganya selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Kuala Lipis (HKL), pagi semalam. Metro online.

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya