My VVIP members

Rabu, 30 November 2011

Sabtu, 26 November 2011

Jika anda ke Lumut


Nuri Homestay Lumut



NURI HOMESTAY

97, Desa Manjung Point,
32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 012-5179846
NURI HOMESTAY mengalu-alukan kedatangan anda untuk menikmati percutian di Lumut Bandar Pelancongan dan Maritim. Harap anda dan keluarga berpuas hati dan selesa dengan kemudahan yang telah kami sediakan. Nuri Homestay merupakan sebuah rumah banglo setingkat yang terletak di kawasan peranginan berhampiran pekan Lumut.


Kemudahan Yang Disediakan:

1.     4 bilik tidur  (alat penghawa dingin di bilik tidur utama)
2.     2 bilik mandi
3.     1 ruang tamu lengkap dengan set sofa, televisyen dan meja makan
4.     1 ruang dapur lengkap dengan peti sejuk dan peralatan memasak
5.    Mesin basuh pakaian
6.     Tempat menggosok baju dan seterika
7.     Pemanas air mandi
8.     Tempat barbeku
9.     Ruang letak kereta yang selesa


       

Selasa, 22 November 2011

Pemain Import Bakal Merosakkan Semula Bola Sepak Malaysia


Aku fikir...........................
Kenapa FAM kembali kepada idea untuk membenarkan pemain import kembali beraksi dalam liga bola sepak Malaysia. Kejayaan yang semakin dimeningkat bagi pasukan Malaysia sekarang pada saya adalah faktur tiada pemain import di liga tempatan. Semasa pemain import bermain di liga Malaysia dahulu pasukan negara jatuh keperingkat paling hina di arena bola sepak. Mahukah kita melihatnya berulang kembali?
Pemain import hanya menyekat pemain-pemain tempatan. Sudah tentu semua pasukan negeri akan mengambil sekurang-kurangnya seorang pemain penyerang import. Nasib penyerang tempatan akan terpinggir dan tidak berpeluang menimba ilmu dan mempamirkan aksi mereka.

Cowok Ganteng: Betapa cetek mentaliti mereka





2011/11/23

LEGENDA Garuda di Stadium Gelora Bung Karno kini tinggal mitos semata apabila provokasi dan gegak gempita lebih 100,000 penyokong tidak mampu menggugat semangat Harimau Muda meraih pingat emas pada edisi ke-26, malam kelmarin. 


Bukan sekali, tetapi dua kali skuad tempang kendalian Ong Kim Swee diuji oleh tuan rumah dan keduanya berakhir dengan kemenangan buat negara. “Kami bukan saja diuji secara fizikal, malah mental juga,” kata Kim Swee.
Pengendali berasal dari Melaka itu bagaimanapun bernasib baik apabila ketempangan skuadnya diganti kaki besi yang menyaksikan pemain simpanan turut beraksi cemerlang terutama dalam perlawanan menentang Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan dan final.
Penulis dan rakan wartawan dari Harian Metro, Aziman Rosdi berpeluang merasai ujian mental dilalui Kim Swee dan anak buahnya apabila mengikut kumpulan penyokong Malaysia – Team Malaysia – menaiki bas ke stadium mengekori di belakang bas skuad negara. 


Sepanjang jalan masuk ke perkarangan stadium, kedua-dua bas diiringi polis tidak dapat bergerak apabila penyokong tempatan menghalang kami dan ada yang bertindak membaling objek ke tingkap bas. 


Sebagai wartawan, kami yang perlu sampai awal untuk mendapat tempat terbaik di kawasan media, sudah terasa seperti membuat kesilapan mengikut bas berkenaan kerana pasti lewat tiba ke stadium. 


Selepas lebih 40 minit menunggu untuk melepasi gangguan penyokong dari pagar ke pintu masuk stadium yang jaraknya tidak sampai 100 meter, kami akhirnya diturunkan di tepi padang dan terpaksa berjalan dalam kumpulan sambil diiringi polis ke tempat duduk penonton. 
Diejek “Balik! Balik!” oleh ribuan penonton dengan sebahagian besar daripada mereka termasuk kanak-kanak menunjukkan isyarat jari hantu dan penumbuk, kami terasa betapa ceteknya mentaliti mereka sebagai tuan rumah temasya yang sepatutnya menjalin perpaduan di kalangan negara rantau Asia Tenggara. 


Bagaimanapun semua itu berbaloi dengan emas ke-59 negara dikutip oleh skuad bola sepak sehari sebelum temasya berakhir hasil kemenangan 4-3 pada penentuan penalti selepas seri 1-1 sebaik tamat masa tambahan. 


Syed Riduan 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CowokGanteng_Betapacetekmentalitimereka/Article

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya