My VVIP members

Sabtu, 25 Julai 2009

PaintBall



Sukan paintball kini menjadi kegilaan masyarakat Malaysia hari ini.Permainan ini memang menyeronokkan.Teringat saya semasa zaman kanak-kanak di mana saya dan rakan sekampung bermain perang dengan senapang kayu dengan peluru terung belanda atau pun menggunakan peluru batang bemban atau pun kami bermain senapang buluh dengan peluru kertas yg direndam atau menggunakan peluru buah cemerai. Seronok betul,dengan wujudnya paintball sekurang-kurangnya dapat mengimbau kenangan zaman kanak-kanak yg telah lama ditinggalkan.Kalaulah permainan perang senapang kayu itu diperkenalkan oleh Mat Saleh sudah tentu ianya telah menjadi permainan antarabangsa seperti paintball.Tetapi sedarkah wahai peminat paintball bahawa ianya(peluru)disaluti dengan geletin dan dibuat di USA.Aganya mahukah mereka gunakan geletin yg halal?Sudah tentu geletin daripada babi yg paling mudah dan murah yg akan mereka gunakan. Fikir-fikirkanlah wahai peminat paintball!!!!!!!!!!!!

Rabu, 8 Julai 2009

90 peratus hotel tiada sijil halal

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) mengesahkan hanya 170 dapur di lebih 2,000 hotel, termasuk hotel bajet di seluruh negara mempunyai pensijilan halal.

HDC badan bertanggunjawab mengeluarkan sijil halal di negara ini turut mendapati kurang sambutan membabitkan permohonan pensijilan halal berikutan tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan setiap dapur hotel di negara ini perlu mempunyai sijil berkenaan, selain sikap pemilik hotel serta kekeliruan mengenai.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin, berkata daripada jumlah 170 pengeluaran sijil halal kepada hotel itu hanya 15 sijil dikeluarkan kepada hotel bertaraf lima bintang, 23 di hotel empat bintang, 101 di hotel tiga bintang dan 14 di hotel dua bintang.

Menurutnya, HDC berharap dengan pengeluaran sijil halal itu akan meningkatkan keyakinan orang ramai kerana hotel terbabit menerima sijil halal.
Oleh Efindi Badarudin
efindi@hmetro.com.my

Bagaimana dengan laporan berita di atas? Berapa ramai orang Islam yang telah menelan makan yang tidak halal? Apa tindakan kita? Kita semua maklum kebanyakan kursus,seminar malah majlis perkahwinan diadakan di hotel. patutlah masalah sosial semakin teruk hari ini. Semuanya berkait rapat dengan apa yang menjadi darah daging. Doa tidak dimakbul Allah, perzinaan yang berleluasa, anak derhaka dan beribu masalah umat Islam hari ini kerana tidak menjaga apa yang masuk kedalam perut mereka.
Pendedahan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) pada saya tidak membawa sebarang makna. Apa yang patut dilakukan ialah menyenaraikan nama hotel yg mendapat sijil halal tersebut supaya boleh dijadikan rujukan oleh umat Islam. Kalau setakat menyatakan jumlah sahaja, apek jual sayur pun boleh keluar kenyataan dan umat Islam di Malaysia akan terus menjadi mangsa kafir laknat yang sentiasa memusuhi umat Islam

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya