My VVIP members

Selasa, 27 Disember 2011

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Hadiah 1 Juta Menanti.....

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Hadiah 1 Juta Menanti.....: Misbun Jangan Terperangkap Sindiwara BAM WANG tunai RM1 juta menjadi taruhan terbaru kerajaan dalam usaha membakar semangat atlit negara...

Rabu, 21 Disember 2011

Work your iPad 2 in style!


360° Rotating Pu Leather iPad 2 Case + LCD Crystal Clear Screen Protector + Stylus Pen from All 2 Buys Enterprise [73% OFF]

Impress your friends and co-workers with funky iPad 2 covers today! Keep your iPad 2 clean and organized with the various new designs from All 2 Buys Enterprise. 

The rotating PU leather iPad2 Case comes in bright colours and in plain weave or checkered series. So you can pick and match your iPad 2 however you like! You will also receive LCD Crystal Clear Screen Protector and a Stylus Pen to get your work done in a breeze.
KLIK DI SINI

Sabtu, 17 Disember 2011

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Malaysia Tahun 2020


Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Malaysia Tahun 2020: Malaysia Tahun 2020 Nak gi mana tu pakcik? Nak gi kerja la anak oi.

Khamis, 15 Disember 2011

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Jom Rehat Di Musim Cuti Ini

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Jom Rehat Di Musim Cuti Ini: Pasir Bogak This is the most popular seaside resort of Pangkor. It has been described as the biggest swimming pool in the world. The wate...

Khamis, 8 Disember 2011

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Fakta menakjubkan mengenai wudhu

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Fakta menakjubkan mengenai wudhu: Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudh...

Rabu, 7 Disember 2011

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai ...

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai ...: PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11 TAHUN 2011 Deskripsi Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persek...

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2012


Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2012

Khamis, 1 Disember 2011

Gaji baru kakitangan awam 2012



Ramai yang mula tercari-cari gaji baru yang bakal di terima oleh kakitangan awam mulai 2012 seperti mana yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri.Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred." Jadi ini merupakan angaran dari kiraan yang dibuat dan masih belum keluar pekeliling berkaitan perkara ini.
GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260

GRED JUSA A,B,C = RM320

Semakan Daftar Pemilih - Have you a registered to vote?

The big question: Are you a registered voter?

Did you know that the Pilihan Raya is looming around the corner? If you’re a first timer, just head on to Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) website for more information!

Remember, Malaysia is OUR home and it is OUR responsibility to vote!

Rabu, 30 November 2011

Sabtu, 26 November 2011

Jika anda ke Lumut


Nuri Homestay Lumut



NURI HOMESTAY

97, Desa Manjung Point,
32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 012-5179846
NURI HOMESTAY mengalu-alukan kedatangan anda untuk menikmati percutian di Lumut Bandar Pelancongan dan Maritim. Harap anda dan keluarga berpuas hati dan selesa dengan kemudahan yang telah kami sediakan. Nuri Homestay merupakan sebuah rumah banglo setingkat yang terletak di kawasan peranginan berhampiran pekan Lumut.


Kemudahan Yang Disediakan:

1.     4 bilik tidur  (alat penghawa dingin di bilik tidur utama)
2.     2 bilik mandi
3.     1 ruang tamu lengkap dengan set sofa, televisyen dan meja makan
4.     1 ruang dapur lengkap dengan peti sejuk dan peralatan memasak
5.    Mesin basuh pakaian
6.     Tempat menggosok baju dan seterika
7.     Pemanas air mandi
8.     Tempat barbeku
9.     Ruang letak kereta yang selesa


       

Selasa, 22 November 2011

Pemain Import Bakal Merosakkan Semula Bola Sepak Malaysia


Aku fikir...........................
Kenapa FAM kembali kepada idea untuk membenarkan pemain import kembali beraksi dalam liga bola sepak Malaysia. Kejayaan yang semakin dimeningkat bagi pasukan Malaysia sekarang pada saya adalah faktur tiada pemain import di liga tempatan. Semasa pemain import bermain di liga Malaysia dahulu pasukan negara jatuh keperingkat paling hina di arena bola sepak. Mahukah kita melihatnya berulang kembali?
Pemain import hanya menyekat pemain-pemain tempatan. Sudah tentu semua pasukan negeri akan mengambil sekurang-kurangnya seorang pemain penyerang import. Nasib penyerang tempatan akan terpinggir dan tidak berpeluang menimba ilmu dan mempamirkan aksi mereka.

Cowok Ganteng: Betapa cetek mentaliti mereka





2011/11/23

LEGENDA Garuda di Stadium Gelora Bung Karno kini tinggal mitos semata apabila provokasi dan gegak gempita lebih 100,000 penyokong tidak mampu menggugat semangat Harimau Muda meraih pingat emas pada edisi ke-26, malam kelmarin. 


Bukan sekali, tetapi dua kali skuad tempang kendalian Ong Kim Swee diuji oleh tuan rumah dan keduanya berakhir dengan kemenangan buat negara. “Kami bukan saja diuji secara fizikal, malah mental juga,” kata Kim Swee.
Pengendali berasal dari Melaka itu bagaimanapun bernasib baik apabila ketempangan skuadnya diganti kaki besi yang menyaksikan pemain simpanan turut beraksi cemerlang terutama dalam perlawanan menentang Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan dan final.
Penulis dan rakan wartawan dari Harian Metro, Aziman Rosdi berpeluang merasai ujian mental dilalui Kim Swee dan anak buahnya apabila mengikut kumpulan penyokong Malaysia – Team Malaysia – menaiki bas ke stadium mengekori di belakang bas skuad negara. 


Sepanjang jalan masuk ke perkarangan stadium, kedua-dua bas diiringi polis tidak dapat bergerak apabila penyokong tempatan menghalang kami dan ada yang bertindak membaling objek ke tingkap bas. 


Sebagai wartawan, kami yang perlu sampai awal untuk mendapat tempat terbaik di kawasan media, sudah terasa seperti membuat kesilapan mengikut bas berkenaan kerana pasti lewat tiba ke stadium. 


Selepas lebih 40 minit menunggu untuk melepasi gangguan penyokong dari pagar ke pintu masuk stadium yang jaraknya tidak sampai 100 meter, kami akhirnya diturunkan di tepi padang dan terpaksa berjalan dalam kumpulan sambil diiringi polis ke tempat duduk penonton. 
Diejek “Balik! Balik!” oleh ribuan penonton dengan sebahagian besar daripada mereka termasuk kanak-kanak menunjukkan isyarat jari hantu dan penumbuk, kami terasa betapa ceteknya mentaliti mereka sebagai tuan rumah temasya yang sepatutnya menjalin perpaduan di kalangan negara rantau Asia Tenggara. 


Bagaimanapun semua itu berbaloi dengan emas ke-59 negara dikutip oleh skuad bola sepak sehari sebelum temasya berakhir hasil kemenangan 4-3 pada penentuan penalti selepas seri 1-1 sebaik tamat masa tambahan. 


Syed Riduan 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CowokGanteng_Betapacetekmentalitimereka/Article

Sabtu, 29 Oktober 2011

Ahad, 11 September 2011

11 September @ 16 september?


Memperingati Sabra dan Shatilla pada 16 September


Bagi umat manusia di seluruh dunia dewasa ini, tarikh 11 September merupakan tarikh yang mempunyai signifikasinya yang tersendiri. Tarikh itu juga merupakan tarikh yang telah mengubah landskap politik dunia, lebih-lebih lagi kepada dasar luar Amerika.


Sayangnya tarikh yang hampir serupa dengan tarikh tersebut dan juga mengandungi tragedi yang hampir pilu seperti peristiwa 11 September itu tidak pula dipedulikan dunia, malah ianya majhul dari pengetahuan ramai. Tarikh tersebut ialah 16 September, apa yang berlaku ?, peristiwa berdarah Sabra dan Shatilla di Beirut, Lubnan.

Peristiwa yang menyaksikan pembunuhan lebih 3000 orang awam rakyat Palestin yang mendiami kem pelarian Sabra dan Shatilla (menurut laporan rasmi oleh Amon Kapeliouk, seorang wartawan Israel yang terkenal, namun pihak tentera Israel hanya melaporkan 700 hingga 800 nyawa sahaja, laporan rasmi Palang Merah antarabangsa pula menyebutkan 2,400 pada 22 September 1982). Peristiwa itu berlaku pada tahun 1982. Ianya merupakan satu tindakan keganasan yang tidak pernah terbayang akan dilakukan oleh manusia yang berakal, apatah lagi oleh sebuah kerajaan. 
Bagi Sami Hadawi, seorang pakar sejarah, beliau menyifatkan apa yang berlaku di Sabra dan Shatilla itu hanyalah pengulangan terhadap banyak lagi kegansan oleh rejim Israel, terutamanya peristiwa Deir Yassin pada tahun 1948.

Jika pihak Amerika menunding jari ke arah Osama Ben Laden dan rangkaian al-Qaedahnya di atas serangan 11 September tanpa sebarang bukti yang kukuh dan meyakinkan. Peristiwa penyembelihan rakyat Palestin di Sabra dan Shatilla pula tiada keraguan lagi bahawa tentera rejim Zionis Israel di bawah pimpinan menteri pertahanannya Ariel Sharonlah yang melakukannya. Tiada siapa yang dapat menafikan pihak Israellah yang melakukan jenayah tersebut dengan kerjasama kumpulan radikal kumpulan Phalangist yang terdiri daripada kumpulan Kristian Maronite melalui Kataib (komando) mereka dan juga kumpulan militan kristian al-Haddad.(Walau bagaimanapun Dr Ang Swee Chai di dalam bukunya “From Beirut to Jerusalem” mempunyai teorinya yang tersendiri. Beliau, sebagai saksi terhadap peristiwa tersebut beriman bahawa pihak Israel yang 100% terlibat dalam penyembelihan tersebut dan hanya menggunakan identiti Maronites dan Haddan. Teori ini dilihat bertentangan dengan pengakuan para mangsa penyembelihan tersebut dalam buku “Ku warnakan salji hitam” tulisan Dr. Alijah Gordon).
Jika Osama diberikan label pengganas di atas jenayah yang tidak pasti samada beliau terlibat atau tidak, mengapa Ariel Sharon tidak pula dinobatkan dengan “pangkat” yang sama?, mengapa kerajaan Zionis Israel juga tidak diberikan darjat seperti itu juga?, lebih menarik tiada apa tindakan di peringkat antara bangsa dikenakan ke atas mereka. Yang pastinya Saddam dan Ben Laden merupakan orang yang rugi di kaca mata orang Yahudi kerana tidak dilahirkan sebagai seorang Yahudi, dan tidak membunuh di atas nama mempertahankan keselamatan negara Israel. Jika tidak, pasti mereka tidak akan digelar sebagai pengganas.
Jika pihak Amerika menggembar-gemburkan kematian hampir 4000 orang awam mereka pada 11 September, bagaimana pula dengan 3000 (atau 2,400) rakyat Palestin di kem pelarian Shatilla pada 16 September 1982?, bukankah yang terkorban itu kanak-kanak, wanita yang lemah dan orang-orang tua yang tidak berdaya. Lebih dahsyat lagi mereka dibunuh ketika berada di dalam rumah mereka sendiri, di dalam perjalanan ke sekolah, ketika sedang dalam perjalanan ke kedai, malah ada yang dibunuh ketika sedang berada di dalam tandas-tandas awam. Kecualilah jika dunia bersetuju dengan kenyataan Israel bahawa mereka hanya membunuh para”pengganas” PLO dan bukannya orang awam (yang ajaibnya, dunia jelas menjadi saksi kepada gambar-gambar anak kecil, wanita dan warga tua yang dibunuh bergelimpangan di tengah jalan).

Jikalaulah Majlis Keselamatan PBB boleh mengeluarkan ketetapan 1373 dalam persidangannya yang ke-3485 pada 28 September sejurus selepas peristiwa 11 September, mengapa tiada ketetapan yang seumpamanya diluluskan selepas 16 September 1982?
Ketetapan yang telah memberikan AS sepenuhnya kuasa untuk menjajah mana-mana tempat di muka bumi ini di atas alasan memerangi keganasan itu telah digunakan sebaiknya oleh mereka. Siapa yang paling beruntung ?, sudah tentunya Israel yang pastinya dengan mudah mengarahkan AS untuk melumpuhkan mana-mana negara yang mereka anggap sebagai ancaman terhadap keselamatan rakyatnya.
Dosa Israel di Sabra dan Shatila dengan mudah dilupakan dunia. Jika Afghanistan dan Iraq dihancurkan di atas panji melawan keganasan dan menegakkan keadilan, mengapa Israel tidak menikmati nasib yang sama dari dulu lagi? Hanya AS dan juga pemimpin-pemimpin negara-negara Arab sahaja yang layak menjawabnya. Bukankah kerana Shatilla Sharon telah mendapat gelaran ?The Butcher of Beirut?. Bagaimana tidak, gambar ratusan kanak-kanak yang dikorek mata, dirobek perut dan di potong anggota-anggota badannya hasil pembantaian tersebut telah cukup menjadi saksi. Gambar mayat-mayat wanita yang dirobek perutnya, dibogelkan dan di gantung di tengah jalan juga sudah cukup untuk rejim Israel sepatutnya dikenakan tindakan yang 200 kali ganda lebih berat dari apa yang menimpa rakyat Afghanistan yang tidak berdosa.

Jika Slobodan Milosevic (mantan presiden Serbia) boleh dihadapkan ke mahkamah kerana darah rakyat Bosnia, Saddam kerana darah rakyat Iraq dan sebelum mereka aparat-aparat Nazi di Nuremberg, mengapa tidak Sharon?
Tiadakah negara-negara Islam yang berani untuk menghadapkan Sharon ke muka pengadilan?, bukan hanya Sabra dan Shatila, malah Baitul Maqdis lewat 28 September 2000, Jenin 2003, Tebing Barat 2003, Refah 2004, Syeikh Ahmad Yassin, Dr. A. Aziz al-Rantisi dan ribuan lagi rakyat Palestin yang menjadi mangsa insan yang digelar sebagai “Bull Dozer” oleh rakyat negaranya sendiri.
Apa yang berlaku di dunia Ini amat sukar difahami. Tiada siapa yang dapat menyelesaikan kerumitannya. Yang pasti umat Islam akan terus menjadi mangsa keadaan berdasarkan nafsu hegemoni kuasa uni-polar AS dan yang pasti juga ramai umat Islam yang lebih mengenali igauan 11 September dari kecelakaan 16 September …
oleh Maszlee Malek (kolumnis Palestinkini)
http://palestinkini.info/?p=189

Khamis, 8 September 2011

Please help for Rara Zikry


Mungkin hari ni bukan hari kita, siapa tahu, esok hari kita pula.. bukan nak takutkan.. tapi begitu la putar alam kehidupan kita, cepat atau lambat xde siape yang tahu..

mungkin kita xkenal siapa die, atau memang bukan siapa siapa pun die bagi kita tapi.. dan die juga xpernah tahu siapa korang..tapi berkat bantuan korang.. mungkin die masih boleh kembali pulih dengan kehendak tuhan.. membantu orang yang susah bukan mengira status dan pangkat tapi dengan seikhlas hati.. hati yang ikhlas.. insyallah allah berkati..

ou can make a donation at below account

Maybank Account Details
Account number: 112183147486
Account Holder's Name: Zarina bt Amir

Please contact Zarina Amir (Rara's mother) @ 012-3603509 for further infos.



Selasa, 6 September 2011

Hani Home - Cafe & Bakery (Little Kitchen)


View Larger Map

Jika anda ke Teluk Intan jangan lupa kesebuah cafe yang menyediakan masakan Melayu, Cina dan makanan Barat yang baru dibuka. Masakan yang sedap menanti anda. Jika anda sudah singgah sila berikan komen ok! Klik Di sini

Fondant Cake


 
Kek Hantaran 




Jumaat, 2 September 2011

Loya dan Meloyakan

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Selamat menyambut Hari Kemerekaan Malaysia. Sempena Hari Raya dan sambutan Bulan Kemerdekaan ini media elektronik berlumba-lumba mengadakan program berbentuk ucapan di stesen tv atau radio. Apa yang menyedihkan pihak media tidak perihatin dalam penggunaan bahasa yang betul semasa ke udara. Saya hanya ingin membangkitkan satu aspek sahaja iaitu penggunaan kata sendi dari dan daripada. Rata-rata rakyat Malaysia masih tidak dapat membezakan penggunaan 2 kata sendi yang mudah ini. Host dan juruhebah juga tidak sensitif dengan penggunaan kata sendi ini. Malang sekali setelah sekian lama merdeka rakyat masih tidak faham penggunaan 2 kata sendi ini.
KATA SENDI
Dari
PENGGUNAANNYA
·         Digunakan untuk tempat, arah atau masa.
AYAT CONTOH
1. Bola itu ditendang dari penjuru padang.2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi.3. Ely datang dari Kelantan.



KATA SENDI
Daripada


PENGGUNAANNYA
·         Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

AYAT CONTOH
1. Surat itu saya terima daripada Yatie.2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu.3. Ukiran itu diperbuat daripada perak.4. Kami memperoleh manfaat daripada 5. Yang dikatakannya berbeza daripada     yang diamalkan.6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri  daripada enam belas orang anggota.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Entri khas Balik Raya | Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan

There are so many reasons to love the new Samsung Galaxy Tab 10.1 #samsungTabmy

There are so many reasons to love the new Samsung Galaxy Tab 10.1 #samsungTabmy
The Samsung Galaxy Tab 10.1 has finally arrived and it’s out of this world. There are so many reasons to want it! The tablet is very mobile because it’s super light and thin (weighs the same as 1 cup of coffee and is as thin as a pencil!), and its battery lasts up to 9 hours!

What’s more, thanks to its high specs, like the super-fast 1 GHz Dual Core processor, endless data sharing capabilities and the fact that it’s running on the latest version of Android, 3.1 Honeycomb, makes surfing the web super smooth as well as editing and viewing Microsoft office documents an easy breezy job. You can also connect with your friends and family instantly through SNS services and download anything super-fast thanks to its advanced +HSPA connectivity!

In a world where people demand for faster, smoother, slimmer and more powerful devices with more possibilities on the go, the Samsung GALAXY Tab 10.1 is set to revolutionise your world! There’s no doubt that due to the tablet’s convenience, adaptability and mobility, it is here to stay.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Samsung Galaxy Tab 10.1 Vs Ipad 2

Mana satu pilihan anda?

Vs

Aku fikir......................... tak tahu la dua2 nampak ok je.


Selasa, 16 Ogos 2011

Qurban & Aqiqah untuk DANA MADRASAH KEMBOJA (DMK)

Ini adalah salah satu projek ekonomi untuk DANA MADRASAH KEMBOJA (DMK). (Sila klik untuk maklumat lanjut DMK). InsyaAllah keuntungan (jika ada) dari projek ini akan disumbangkan ke DMK untuk membantu perjalanan dan peningkatan madrasah-madrasah terpilih di Kemboja. Hasil sembelihan (lembu/kambing) akan dimasak dan diagihkan (atau buat kenduri) di madrasah & asrama anak yatim serta kampung muslim yang dhaif di sekitar Kemboja.
BERMINAT untuk menyertai ?

Isnin, 15 Ogos 2011

Kelemahan Lin Dan


 
Lee Chong Wei vs Lin Dan


Badi kejohanan terus membelenggu pemain No. 1 dunia itu selepas enam kali mencuba apabila gagal dalam satu perlawanan final sengit untuk membawa pulang kejuaraan dunia buat kali pertama. Apakah kekuatan dan kelemahan Lin Dan?...................................................................
Aku Fikir................................. nampak seolah-olah Lin Dan amat sempurna permainannya. Pada aku Lin Dan tidak sempurna juga permainannya cuma apabila dia bertemua LCW dia seolah-olah mendapat suatu motivasi untuk menewaskan LCW selaku pemain no 1 dunia. Pada aku LD pandai menutup kelemahannya semasa bertemu LCW. paling ketara ialah LD mempunyai masalah untuk mengambil backhand. dalam setiap perlawanan LD akan sedaya upaya tidak akan mengambil bulu tangkis secara backhand, dia akan berusaha untuk mengambil bola backhand secara overhead.Oleh itu jika LCW ingin menang keatas LD, dia perlu menggunakan kelemahan ini dengan mengajak LD bermain di sebelah kanan LD sehingga dia leka menjaga backhandnya. Aku fikir itulah caranya untuk menumpaskan super Dan ini. Apa pendapat kawan-kawan?

Sabtu, 13 Ogos 2011

Kenapa Jadi Macam Ini?

‘Bersahur’ di ranjang - سبحان الله



Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej ‘dangdut sampai sahur’ di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.
Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘bergetah’ sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.

Rupa-rupanya walaupun dibulan Ramadhan ini syatan-syatan dirantai, syaitan masih mampu tersenyum kerana balaci-balacinya mampu menjalankan tugas mereka. Malah kadang-kadang sama hebat atau lebih hebat daripada syaitan itu sendiri....................................... aku fkir bencana pasti tiba untuk kita.................. daripada sibuk melarang bacaan Quraan sebelum subuh adalah lebih baik keluarkan arahan mengharamkan kelab malam,kelab dangdut dan kelab2 seumpamanya kepada semua orang Islam.

Rabu, 10 Ogos 2011

Selamat Berpuasa







123tagged.com - More Ramadan Karim Comments

Isnin, 8 Ogos 2011

BONUS SETENGAH BULAN GAJI

Pengumuman pemberian bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam oleh kerajaan sempena Hari Raya  Aidilfitri merupakan satu kelegaan bagi rakyat berpendapatan rendah. Aku fikir walaupun ini akan melibatkan jumlah yang besar kepada perbelanjaan kerajaan tetapi dari sudut ekonomi iannya sesuatu yang baik kerana wang tersebut akan dibelanjakan oleh rakyat untuk membeli keperluan raya. Ianya secara tidak langsung akan merancakkan ekonomi negara dan menggelakakan rakyat daripada berhutang demi menyambut hari raya. Kerajaan akan memperolehi semula pendapatan melalui cukai. jika perniagaan meningkat kerajaan akan memperolehi cukai yang lebih tinggi. Di harap kakitangan kerajaan dapat berbelanja dengan cara yang bijak dengan bonus yang diperoleh tersebut.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Ahad, 7 Ogos 2011

RM300 JUTA


PPZ Wilayah mensasarkan kutipan RM300 juta tahun ini (kalau tak silap aku dengar di berita malam tadi). Banyak sungguh sasaran tersebut. Bayangkan jumlah kutipan zakat bagi seluruh negara. Tetapi kenapa umat Islam yang susah masih sukar mendapatkan bantuan daripada wang zakat sehingga mereka terpaksa meminta pada gereja? Lihatlah apa yang berlaku pada umat Islam hari ini, bantulah mereka yang susah............ Aku fikir ada yang perlu di betulkan............


SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.


Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.
http://www.hmetro.com.my/articles/Nurtiadapilihan/Article/artikelMA

Sabtu, 6 Ogos 2011

Churp Churp | Social Share » Turn your fridge into a photo gallery! (Preview)

Churp Churp | Social Share » Turn your fridge into a photo gallery! (Preview)

TURN YOUR FRIDGE INTO A PHOTO GALLERY!

MAD Deal of the Day: RM28 instead of RM72 for 6 Customised Pictures on 4" x 3" Photo Magnets from Photo Delivery, Bandar Puteri Puchong

"Creativity is unlimited"

Typical family portrait is getting a lil too formal and boring, isn't it? Now you can turn your fridge into your family photo gallery!

Be creative!

Tell your friends about this deal and be rewarded with every purchase they make through your link.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kes bunuh pegawai veterinar selesai


IPOH - Polis percaya telah dapat menyelesaikan kes pembunuhan Timbalan Pengarah Veterinar Negeri Perak, Dr. Rohani Kassim, 38, yang dijumpai mati di rumahnya di Ulu Kinta di sini semalam ekoran penangkapan empat lelaki.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, dua suspek ditangkap kira-kira sejam selepas penemuan mayat Dr. Rohani pada kira-kira 3.30 pagi semalam tidak jauh dari rumahnya manakala suspek ketiga ditahan pada 4.30 petang di Tanjung Malim dan suspek keempat ditahan pada 10.30 malam tadi di Slim River.
"Mereka yang ditahan itu berusia antara 20 hingga 26 tahun dan polis turut menemui barang-barang kemas dan telefon bimbit dipercayai milik mangsa,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Zakaria berkata, dua daripada suspek adalah penganggur, seorang lagi pekerja Pos Malaysia manakala seorang lagi adalah askar yang melarikan diri daripada tugas.
"Seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah bersabit kes rogol di Slim River tahun lalu,” katanya. - Bernama
Aku Fikir......................... Kami penduduk Blok F  menggucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan turut bersedih atas pemergian Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para Nabi dan orang2 yang beriman.................Kenapalah manusia semakin kejam.......... Al-fatihah.

Selasa, 2 Ogos 2011

Churp Churp | Social Share » Talk & text for FREE with DiGi! (Preview)

Churp Churp | Social Share » Talk & text for FREE with DiGi! (Preview)

TALK & TEXT FOR FREE WITH DIGI!

Need to tell your buddy every single detail about your romantic date? Just hung out with your buddy but still need to constantly update them about what’s going on?

If this sounds like you, fear no more. Make free calls & SMS to 3 Buddyz™ 24 hours everyday with DiGi® Easy Prepaid Super Buddyz. Just subscribe to Super Buddyz by dialing *128*1*3#, for only 99sen/day.

If you are not on the DiGi Easy Prepaid plan, purchase the SIM pack now for only RM16.80! Keeping connected to your Buddyz has never been this easy!

Rexy ramal beregu emas ke final

JURULATIH beregu negara, Rexy Mainaky menyasarkan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong mampu melayakkan diri ke final Kejohanan Badminton Dunia di London minggu depan.
Rexy meramalkan beregu utama negara itu bakal menghadapi beregu No. 1 dunia dari China, Cai Yun dan Fu Haifeng. Walaupun pasangan itu tidak memenangi sebarang gelaran pada kejohanan Grand Prix atau Super Series kebelakangan ini, Rexy berkata, beregu No. 4 dunia itu berjaya melayakkan diri ke final kejohanan berprestij - Seluruh England pada Mac lalu.....................


Aku fikir mereka akan sangkut di suku akhir sahaja sekiranya mereka tidak mengubah cara bermain sekarang yang lebih bertahan. Dalam badminton moden hari ini pemain bergu yang bertahan tidak akan mampu pergi jauh.

Waktu Solat dan Waktu Berbuka Seluruh Malaysia

Ahad, 31 Julai 2011

Doa Berbuka Puasa


Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa


Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
SEIRING TERBENAM MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADHAN,
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA RAMADHAN

Niat Puasa




Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk sebulan puasa

niatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Apek Putus Tunang – Khairul Fahmi Nafi Angkara orang Ketiga



Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.
Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.
Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.
Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.
Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya