My VVIP members

Isnin, 16 Julai 2012

Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan



Kosmo! Online - Terkini: "Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis ini (19 Julai).

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 30 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.

Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang."

'via Blog this'

Amuk: Wanita dituduh buat ugutan, bawa pedang

Kosmo! Online - Terkini: "PUTRAJAYA – Wanita yang mengamuk bersama seorang lelaki dengan bersenjatakan pedang samurai di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini minggu lepas, hari ini didakwa atas dua tuduhan iaitu ugutan jenayah dan membawa pedang.

Muhdalena Ahmad, 28, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Muhdalena didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini yang bersidang di wad ortopedik Hospital Putrajaya, di mana dia sedang menerima rawatan akibat daripada kecederaan yang dialaminya dalam kejadian amuk itu."

'via Blog this'

Oren: Tanpa provokasi jutaan wang negara selamat

Oren: Tanpa provokasi jutaan wang negara selamat: "KUALA LUMPUR: Himpunan Oren Selamatkan Felda semalam terbukti dan teruji jika tidak ada provokasi maka himpunan akan menjadi aman dan harmoni.

Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada peserta Himpunan Oren dan Gerakan Selamat Felda (GSF) semalam yang berjaya menyerahkan memorandum membantah penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong."

'via Blog this'

Tuntutan Oren penentu masa depan Melayu

Tuntutan Oren penentu masa depan Melayu: "Tuntutan Perhimpunan Oren mengenai isu penyenaraian  FGVH dalam bursa saham harus menjadi titik perubahan politik Melayu di negara ini. Ia bukan sahaja isu yang berkait dengan hak peneroka Felda malah harus dilihat sebagai isu penentu nasib dan masa depan orang Melayu.
"

'via Blog this'

Bayaran: Penjelasan Aishah



Kes amuk: Adik orang kanan Khalil direman - Semasa - Sinar Harian


Kes amuk: Adik orang kanan Khalil direman - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

Khamis, 5 Julai 2012

Kosmo! Online - Negara

Kosmo! Online - Negara: "KUALA LUMPUR - Kemeriahan kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012 yang berlangsung selama sebulan berakhir pada Isnin lalu mengheret 100 individu termasuk empat orang kenamaan (VIP) ke dalam lokap kerana bertindak sebagai bookie.

Kesemua mereka yang terdiri daripada 83 lelaki dan 17 wanita berusia 20 hingga 65 tahun itu diberkas secara berasingan dalam Ops Soga di seluruh negara."

'via Blog this'

100 batu nisan dilonggok belakang stor

Kalau kejadian ini belaku pada kubur bangsa lain mesti dah ramai yg melenting dan dah tentu ahli politik mereka akan masuk campur.
KANGAR - Projek menambak dan membersihkan Tanah Perkuburan Islam Tok Kembung, Repoh di sini menimbulkan kontroversi apabila waris dan penduduk sekitar mempersoalkan tindakan pekerja sebuah syarikat kontraktor mencabut batu nisan lebih 100 kubur sebelum dilonggokkan di belakang sebuah stor dekat situ sejak sejak Khamis lalu.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya