PPZ Wilayah mensasarkan kutipan RM300 juta tahun ini (kalau tak silap aku dengar di berita malam tadi). Banyak sungguh sasaran tersebut. Bayangkan jumlah kutipan zakat bagi seluruh negara. Tetapi kenapa umat Islam yang susah masih sukar mendapatkan bantuan daripada wang zakat sehingga mereka terpaksa meminta pada gereja? Lihatlah apa yang berlaku pada umat Islam hari ini, bantulah mereka yang susah............ Aku fikir ada yang perlu di betulkan............
SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.
“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.
Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.
http://www.hmetro.com.my/articles/Nurtiadapilihan/Article/artikelMA
aku fikir benda yang sama......kemana duit zakat tu?kenapa dia minta tapi dihina...dah memang perlukan bantuan pon.bila jadi macam ni dia pula disalahkan....apa ni???
BalasPadamBanyak duit zakat ini yang dikutip setiap tahun.Salurkanlah kepada orang yang memerlukaknnya.Janganlah fikir duit zakat itu utk buat biz. Kononnya nak tambah atau kembangkan duit tu. realitinya yang memerlukan tak dapat biz rugi @ lesap begitu saja.
BalasPadam