My VVIP members

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kes bunuh pegawai veterinar selesai


IPOH - Polis percaya telah dapat menyelesaikan kes pembunuhan Timbalan Pengarah Veterinar Negeri Perak, Dr. Rohani Kassim, 38, yang dijumpai mati di rumahnya di Ulu Kinta di sini semalam ekoran penangkapan empat lelaki.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, dua suspek ditangkap kira-kira sejam selepas penemuan mayat Dr. Rohani pada kira-kira 3.30 pagi semalam tidak jauh dari rumahnya manakala suspek ketiga ditahan pada 4.30 petang di Tanjung Malim dan suspek keempat ditahan pada 10.30 malam tadi di Slim River.
"Mereka yang ditahan itu berusia antara 20 hingga 26 tahun dan polis turut menemui barang-barang kemas dan telefon bimbit dipercayai milik mangsa,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Zakaria berkata, dua daripada suspek adalah penganggur, seorang lagi pekerja Pos Malaysia manakala seorang lagi adalah askar yang melarikan diri daripada tugas.
"Seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah bersabit kes rogol di Slim River tahun lalu,” katanya. - Bernama
Aku Fikir......................... Kami penduduk Blok F  menggucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan turut bersedih atas pemergian Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para Nabi dan orang2 yang beriman.................Kenapalah manusia semakin kejam.......... Al-fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya