My VVIP members

Selasa, 19 Julai 2011

Nurul Syuhada selamat diijab kabul

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, sah bergelar isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa, 29, dalam majlis akad nikad yang berlangsung di The Binjai On The Park, Kuala Lumpur City Center (KLCC), di sini malam kelmarin.
Upacara akad nikah dalam majlis bertemakan ala Maghribi itu disempurnakan bapa Nurul Syuhada sendiri, Mohd Zin Idris sambil disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, Mohd Abd Nasir Abdullah.

Raja Amir Shah berasal dari Sri Hartamas, di sini, yang berdarah kacukan Melayu dan Australia di sebelah ibu bekerja sebagai pegawai bank. Dalam majlis akad nikah kelmarin, Nurul Syuhada yang juga pengacara Majalah 3 dan Malaysia Hari Ini memakai pakaian serba putih serta bertudung rekaan Radzuan Radziwill menerima mas kahwin daripada Raja Amir Shah, sebanyak RM777 selain hantaran RM20,111.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya