My VVIP members

Rabu, 27 Julai 2011

Harimau Malaya

Selepas tewas 3-5 dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu, Harimau Malaya jelas tiada pilihan selain perlu menundukkan lawan sekurang-kurangnya 2-0 andai mahu impian besar mara ke pusingan ketiga buat julung kali, tercapai. Semua 85,000 tiket perlawanan habis terjual menjelang tengahari semalam, kehadiran penyokong setia Harimau Malaya membanjiri Stadium Nasional bukan saja menjadi senjata terbaik untuk menggerunkan lawan, tetapi turut meniup dan ‘membakar’ semangat anak buah K Rajagobal yang pasti turun dengan corak menyerang bagi mengatasi defisit dua gol.
Selepas persembahan hambar Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang melepaskan lima gol dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu, Khairul Fahmi yang lebih mesra dengan panggilan ‘Apek’ harus menjadi pilihan terbaik mengawal benteng terakhir pasukan agar tidak lagi dirobek lawan.Malah, penjaga gol Kelantan itu bertekad mempamerkan ketangkasannya bagi menghalang percubaan barisan depan Singapura yang diketuai penyerang sensasi Aleksander Duric yang dua kali membolosi gawang negara dalam kekalahan 5-3 dalam perlawanan pertama itu. WATAK paling digeruni dalam pasukan kebangsaan, Safee Sali kini bersedia menampilkan persembahan terbaiknya pada perlawanan terpenting dalam kariernya sebagai pemain bola sepak, malam ini. 

Dua gol pada setiap permainan diledak penyerang 27 tahun itu pada dua penampilan terakhirnya bersama skuad kebangsaan bulan ini - perlawanan persahabatan menentang Liverpool dan perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu Singapura Sabtu lalu.
tonton perlawanan tersebut  TV1 di blog saya http://churchurp.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya