My VVIP members

Sabtu, 15 Disember 2012

Nasi Ayam Gemas Mustafah

 
Semasa sedang berehat-rehat sambil membelek Berita Hari ini(Ahad 16 Dis) terjumpa satu atikel yang mengimbau kenangan semasa bertugas di Felda Palong 1,Gemas Negeri Sembilan pada tahun 1987. Banyak kenangan manis semasa di sana. Pertama kali menjejak kaki di bumi adat pepatih tu amat mengujakan. Ramai kawan di sana yang masih kekal dalam ingatan. Cikgu Rosli, Cikgu Zaki dan terlalu ramai untuk dinyatakan di sini.
Namun apa yang menarik yang hendak saya nyatakan di sini ialah ke istimewaan Nasi Ayam Mustafah. Seluruh Malaysia sudah saya pergi dan semua nasi ayam telah saya rasa tetapi bagi saya Nasi Ayam Mustafah adalah yang terbaik di Malayasia. Tiap kali makan nasi ayam saya pasti akan terkenang nasi ayam mustafah dan saya berkali-kali menyatakan pada kawan-kawan tentang nasi ayam mustafah adalah yang terbaik.
Kalau anda ke Gemas cubalah sendiri.
Saya sertakan bersama ini blog Nasi Ayam Mustafah dan maklumat untuk anda ke sana.
 
 
Cawangan utama
Nasi Ayam Gemas Mustafah Original
terletak di
Stesen Bas dan Teksi Gemas.
GPS Coordinate :  E:102*36'39.8'' N: 2*34'56.0''
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya