My VVIP members

Ahad, 25 November 2012

Buah paling merbahaya di dunia

Buah durian adalah raja buah di Malaysia. Kenapa ia jadi raja buah? Mungkin antara sebabnya adalah buah durian paling sedap dan paling mahal harganya di Malaysia. Ada banyak variasi buah durian antaranya durian hutan, durian kampung; durian kawin dan lain-lain lagi. Mengapa ia menjadi antara 10 buah yang paling merbahaya untuk dimakan? Berapa ramai orang Malaysia yang mati kerana makan durian? Aku fikir merrka yang bodoh saja yang mengatakan buah ini merbahaya. Bodoh kerana tak belajar cara nak makan durian dan tak tahu pantang larang semasa makan durian. Ikan buntal yang terbukti merbahaya pun jadi makanan istimewa di Jepun kerana orang Jepun bijak. Jadi siapa yang bodoh menyenaraikan durian antars 10 buah yang paling merbahaya dimakan. Aku fikir buah yang paling merbahaya ada buah anggur sebab buah anggur boleh dijadikan minuman keras yang terbukti sangat banyak mudarat kepada manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya