Adakah kita sedar apa yang berlaku di sekeliling kita seharian atau pun kita tidak ambil peduli, .............. jadi aku fikir..........
My VVIP members
Rabu, 25 Januari 2012
Selasa, 24 Januari 2012
Pertandingan Buka Bra
Dalam video ini terlihat ada 3 peserta perempuan yang sedang berlumba membuka bra mereka, Siapa yang cepat dialah pemenangnya. Macam ni punya pertandingan pun ada. Dunia nak kiamat
Ahad, 22 Januari 2012
Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: 'welcome to nginx'
Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: 'welcome to nginx': i have a difficulty with my firefox browser...my browser showed 'welcome to nginx'....how can i fix this??? here, Ini apa yang saya alami ...
Jumaat, 20 Januari 2012
Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Strange voice heard across Kota Samarahan
URL
www.zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com
zaireey@pendidikan jasmani dan sains sukan telah ditukar kepada
http://www.zairedin.com/
Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Strange voice heard across Kota Samarahan: The second incident occurred on the morning of January 12, 2012, the sound is heard for three hours and the noise that appears every three ...
Sabtu, 14 Januari 2012
Mereka semakin kejam - 6 - Mengaku rogol kanak-kanak dipenjara 10 tahun
WARTAWAN SINAR HARIAN
January 13, 2012
January 13, 2012
KOTA BHARU – Seorang pengawal keselamatan senyum bersahaja ketika diiringi polis keluar Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas dijatuhi hukuman 10 tahun penjara.
Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha bersabit kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun 9 bulan di sini, dua tahun lalu, mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mohamad Yuzwan Hamat, 26, dari Kampung Bukit Tiu, Machang mengaku bersalah merogol kanak-kanak terbabit di sebuah bilik di kampung sama antara jam 11 malam, 20 Januari 2010 dan 1 pagi, keesokan harinya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa masuk ke bilik tidur bersama adik perempuan tertuduh di rumah kakak iparnya di alamat berkenaan. Tertuduh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu ingin berjumpa mangsa sebelum masuk melalui tingkap serta merogol mangsa ketika adiknya sedang tidur.
Pada petang keesokan hari pengadu menceritakan kejadian itu kepada kakak iparnya dan pengadu kemudiannya membuat laporan polis. Tahu tentang laporan itu, tertuduh bertindak melarikan diri dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah bank di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, selepas dua tahun, tertuduh berjaya ditahan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 4 Januari lalu.
Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali memohon hukuman berat terhadap tertuduh berdasarkan faktor usia mangsa yang masih di bawah umur.

Mereka semakin kejam - 5 - Putus jari diserang perompak
SYAMILAH ZULKIFLI
January 14, 2012
January 14, 2012
SEREMBAN 2 - Seorang ahli perniagaan putus ibu jari kanan dan cedera di lengan serta kepala. selepas diserang empat perompak yang memecah masuk rumahnya di Park Avenue, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, penyamun terbabit yang bersenjatakan parang, sabit, kunci stering dan kayu berjaya masuk ke dalam rumah selepas mengumpil pintu tepi kediaman mangsa.
Ketika kejadian, mangsa bersama isteri dan dua anaknya nyenyak tidur, dan terjaga selepas terdengar bunyi rumah dimasuki orang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, empat penyamun terbabit dipercayai warga asing.
Menurutnya, salah seorang anak mangsa yang menyedari kejadian itu menjerit meminta tolong menyebabkan seorang daripada penyamun terbabit berang, lalu memukul mangsa dan isterinya.
“Berlaku pergelutan antara mangsa dan penyamun, menyebabkan pasangan suami isteri terbabit mengalami kecederaan, mengakibatkan ibu jari kanan ahli perniagaan terbabit putus.
“Selepas pergelutan itu, penyamun mula panik dan segera melarikan diri, tetapi sempat meragut rantai leher anak mangsa,” katanya.
Hamdan berkata, siasatan awal mendapati, penyamun berkenaan hanya sempat mengambil rantai dan tiada barangan lain yang diambil dari rumah terbabit.
“Pihak polis masih menyiasat kejadian mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan.
“Mangsa kini masih mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur untuk menyambung jarinya," katanya.
Manakala isterinya yang turut cedera di jari manis mendapat rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).http://www.sinarharian.com.my/jenayah/putus-jari-diserang-perompak-1.18063

Mereka semakin kejam - 4 - Nenek kutip durian di kebun kena rogol
BENTONG: Tanpa mengira usia, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an merogol nenek berusia 69 tahun ketika mangsa mengutip durian di kebunnya di Chamang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang bersendirian, terkejut dan rebah selepas disergah lelaki terbabit sebelum suspek mengikat tangan wanita berkenaan menggunakan kain dan merogolnya.
Mangsa menggagahkan diri melepaskan ikatan tangan dan pulang mengadu dirinya dirogol kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi.Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan.
"Siasatan awal mempercayai suspek sudah lama memerhati mangsa dari jauh sebelum menyerang dan bergelut dengan mangsa,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan rogol. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nenekkutipduriandikebunkenarogol/Article/

Mereka semakin kejam - 3
Manis kahwin enam bulan
KUALA LIPIS: Seorang isteri muda baru enam bulan berkahwin ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dikelar dan tubuhnya ditikam beberapa kali di rumahnya di Bukit Betong, di sini, petang kelmarin.
Mayat mangsa, Nornadia Abu Bakar, 21, ditemui terbaring berlumuran darah di dapur rumah oleh suaminya, Ahmad Khairu Ab Raman, 27, sejurus pulang daripada menoreh getah kira-kira jam 5.40 petang.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, polis percaya pembunuhan itu tidak bermotifkan rompakan kerana barang kemas mangsa tidak hilang, namun polis masih mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa bersendirian di rumahnya manakala suaminya keluar bekerja menoreh getah.
“Sebaik tiba di rumah, si suami memanggil mangsa beberapa kali, namun tiada sahutan sebelum terkejut apabila menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah di dapur,” katanya.
Menurutnya, suami mangsa menghubungi Balai Polis Padang Tengku, dekat sini, untuk memaklumkan kejadian berkenaan, kira-kira jam 6 petang kelmarin.
“Mangsa dipercayai mati beberapa jam sebelumnya. Siasatan mendapati leher mangsa bukan saja dikelar malah tubuhnya turut ditikam beberapa kali dengan senjata tajam oleh penyerang dipercayai lebih daripada seorang,” katanya.
Abdul Razak berkata, hasil soal siasat dan keterangan suami mangsa, polis menahan empat lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarganya selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Kuala Lipis (HKL), pagi semalam. Metro online.
Mereka semakin kejam - 2
Dijual rakan untuk melacur
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan saja ‘dijual’ rakan baiknya, malah dipaksa melacur sejak empat bulan lalu.
Jika mangsa enggan melakukan perbuatan keji itu, dia akan dipukul ibu ayam berusia awal 40-an selain dikurung dan tidak diberi makan serta minum.
Mangsa yang tidak tahan menanggung derita seksaan itu terpaksa akur arahan sindiket pelacuran terbabit selain menanti peluang melarikan diri.
Remaja itu mendakwa dia dibawa ke hotel di seluruh negara mengikut permintaan pelanggan selain dibayar RM200 hingga RM500 mengikut perkhidmatan diberikannya. Selain hotel di ibu kota, mangsa pernah dibawa ke hotel di Pulau Pinang, Genting Highlands dan Johor, oleh sindiket pelacuran yang mengawasi setiap pergerakannya.
Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri daripada sindiket pelacuran itu pada jam 7 pagi, 8 Januari lalu, sebelum membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini, Rabu lalu.
Menceritakan semula kejadian berkenaan, sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Melaka meninggalkan rumahnya pada jam 8 malam, 18 Ogos tahun lalu, selepas diperdaya rakan perempuannya untuk ke ibu kota.
“Lelaki yang dijanjikan untuk dikahwinkan dengan mangsa dikenali mangsa kerana mereka pernah berjumpa pada majlis kenduri di Ayer Keroh, Melaka, Ogos tahun lalu,” katanya. Menurutnya, mangsa kemudian dibawa menaiki sebuah Proton Wira bersama lima wanita lain yang tidak dikenali.
“Mangsa dan beberapa wanita itu dihantar ke sebuah flet di Damansara Damai. Tiga hari kemudian, mangsa dibawa ke sebuah hotel di Jalan Ipoh sebelum diarahkan melacur.
“Tersentak dengan itu, mangsa berkeras dan cuba melawan menyebabkan dia dipukul seorang wanita dipercayai ibu ayam. Dia juga tidak diberi makanan mahupun minuman,” katanya.
Sumber itu berkata, difahamkan, selepas dua kali cubaan melarikan diri gagal, remaja terbabit mencuba sekali lagi pada 8 Januari lalu dan berjaya.
Katanya, mangsa membuat laporan polis mengenai nasib itu dan difahamkan, dia kini berlindung di rumah keluarganya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007. Metroonline
Langgan:
Catatan (Atom)
Categories
18sx
(3)
aku fikir
(18)
Al-Quran
(1)
Alhamdulillah
(1)
Apa ada fikir tentang kejadian ini
(1)
apek
(1)
Aqiqah
(1)
artis2day
(2)
babi
(1)
Badminton
(2)
Bahasa
(1)
bajet
(1)
Banggla vs siswazah malaysia
(1)
batin
(1)
berbuka
(1)
bola sepak
(1)
Budak 18 Tahun
(1)
Bulan
(1)
Cafe
(1)
cerita lawak
(1)
CHELSEA
(1)
Doa
(3)
durian
(1)
Gaji
(1)
Gaji Kakitangan Awam 2012
(1)
gebu
(1)
haram
(1)
Harimau Malaya
(2)
HDC
(1)
hotel
(1)
Image Apa?
(1)
khairul fahmi
(1)
kiamat 2012
(1)
Libya
(1)
makanan
(1)
Maksiat
(1)
Malaysia
(1)
MALAYSIAN
(1)
Masyarakat
(1)
nasi ayam
(1)
niat
(2)
Office
(1)
PaintBall
(1)
Palestin
(1)
pergerakan asas
(1)
puasa
(2)
Qurban
(1)
Ragut
(1)
saman 10juta
(1)
selsema
(1)
Seluruh
(1)
sex
(1)
sijil
(1)
Staff
(1)
sukan
(2)
Tanda Kiamat
(1)
Tandas
(1)
Teknologi
(1)
Tikus Sawah Vs Tikus Belanda
(1)
TV
(1)
umum
(10)
Umun
(1)
urut
(1)
Waktu Solat dan Waktu Berbuka
(1)