My VVIP members

Jumaat, 26 Jun 2009

Apabila Babi Berkata-kata 2


"Cik Burung,ko nak tahu manusia ni bangang betul(yg makan baalifbaya).Masa aku sakit kaki dan mulut habis kaum kerabat aku dia org bunuh,sampai habis anak cucu cicit aku.Nasib baik ada yg nak kat aku,kalau tidak tak ada zuriat le aku"


"Betullah cik Bu, masa aku kena selsema pun cam tu juga. Semua unggas yg ada sayap cam aku dia org bunuh.Dengan cara kejam pulak tu! manusia memang tak berhati perut betul!!!!



Mak Bi, ko nak tahu kita le binatang paling istimewa kat dunia ni. Manusia mana berani bunuh kita. Lain le macam lembu dan burung, sakit sikit habis kena bunuh, betul tak?






Heeeeeeee, ye le Pak Bi, dengo cerita kat Malaysia lagi hebat dia org nak bina kandang morden utk kita. Ekon pulak tu!!!!!. Manusia memang sayang kat kita. Heeeeeeeee.bodohnya dia org!!!!!!
ps:Kepada peminat paintball utk pengetahuan "peluru" tu semua disalut dgn geletin dan dibuat di USA.Agaknya dia org buat drp geletin lembu kot?

Ahad, 21 Jun 2009

SPM: kenapa 10 Subjek?

Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Ma Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Maahad Muhammadi Perempuan turut dikongsi bersama kerajaan negeri.Beliau mendapat 20A (19A1, 1A2) dan menjadi kebangsaan kepada kerajaan negeri serta rakyat Kelantan.
Beliau mendapat 20A (19A1, 1A2) dan menjadi kebangsaan kepada kerajaan negeri serta rakyat Kelantan.
Nur Amalina Che Bakri 17A1

Nadiah Amirah Calon SPM 2006 - beliau hanya memperoleh 14A1, 4 A2, dan 1 B3.

Lihatlah wajah mereka.Tidak adakah sedikit rasa bangga di hati umat Islam yang berbangsa Melayu atas kejayaan mereka? Kini kita tidak akan dapat melihat lagi kejayaan seperti ini. Semua ini adalah gara-gara peraturan menghadkan pengambilan hanya 10 matapelajaran dalam SPM 2010.Persolannya mengapa?Mengapa ketiga pelajar ini mengambil begitu banyak subjek? jawapannya mereka rasa diri mereka mampu. Kenapa kita sekat? Adakah pelajar yang tidak cemerlang mahu mengambil sebanyak itu subjek? Kenapa kita sekat? Pada saya semua ini bermula dengan hasad dan dengki,cemburu dan busuk hati melihat kejayaan yg tidak dapat dicapai oleh anak-anak "mereka."

10 subjek dengan 4 subjek teras. Subjek apakah yang akan menjadi mangsa dibuang. Mungkin Pendidikan Agama Islam sebab tentu subjek yang wajib tersebut;
1. Bahasa Melayu
2. Matematik
3. Sains
4. Bahasa Inggeris
Ya, Allah apa akan jadi pada anak muda akan datang?

Isnin, 15 Jun 2009

Kes Bunuh

Wanita mati berlumuran darah............. itu adalah antara tajuk berita kat Metro hari ini. Sepanjang minggu lepas hingga hari ini banyak sungguh kes bunuh yang dilaporkan. Kalau tak silap minggu lepas pun ada kes suami bunuh isteri........... kenapa ianya boleh belaku ye? Antara kes lain ialah kes anak bunuh bapa dengan botol kicap. Nampaknya sekarang ini ahli keluarga juga tidak lagi sebagai pelindung kepada ahli keluarga yang lain. Di muka 6 Metro pula tajuk beritanya Belasah Ibu Sampai Tergolek. Remaja ini membelasah ibunya kerana menyuruh dia tinggalkan kekasihnya pengamal seks songsang. Adakah semua ini kerana sistem pendidikan kita yang gagal mendidik insan yang kamil. Adakah guru-guru hari ini hanya berjaya mendidik robot.yang sangat canggih tetapi jika berlaku litar pintas atau apabila berlaku serangan virus, robot tersebut akan menjadi tidak berguna malah mendatangkan bahaya kepada tuannya. Yang ini cikgu-cikgu kena jawab.
Apa anda fikir


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya