My VVIP members

Sabtu, 15 Disember 2012

Nasi Ayam Gemas Mustafah

 
Semasa sedang berehat-rehat sambil membelek Berita Hari ini(Ahad 16 Dis) terjumpa satu atikel yang mengimbau kenangan semasa bertugas di Felda Palong 1,Gemas Negeri Sembilan pada tahun 1987. Banyak kenangan manis semasa di sana. Pertama kali menjejak kaki di bumi adat pepatih tu amat mengujakan. Ramai kawan di sana yang masih kekal dalam ingatan. Cikgu Rosli, Cikgu Zaki dan terlalu ramai untuk dinyatakan di sini.
Namun apa yang menarik yang hendak saya nyatakan di sini ialah ke istimewaan Nasi Ayam Mustafah. Seluruh Malaysia sudah saya pergi dan semua nasi ayam telah saya rasa tetapi bagi saya Nasi Ayam Mustafah adalah yang terbaik di Malayasia. Tiap kali makan nasi ayam saya pasti akan terkenang nasi ayam mustafah dan saya berkali-kali menyatakan pada kawan-kawan tentang nasi ayam mustafah adalah yang terbaik.
Kalau anda ke Gemas cubalah sendiri.
Saya sertakan bersama ini blog Nasi Ayam Mustafah dan maklumat untuk anda ke sana.
 
 
Cawangan utama
Nasi Ayam Gemas Mustafah Original
terletak di
Stesen Bas dan Teksi Gemas.
GPS Coordinate :  E:102*36'39.8'' N: 2*34'56.0''
 

Sabtu, 1 Disember 2012

Sekolah Britain haram pelajar perempuan pakai skirt pendek - Global - Sinar Harian

Sekolah Britain haram pelajar perempuan pakai skirt pendek 

LONDON - Sebuah sekolah menengah di Britain mengeluarkan arahan pengharaman memakai skirt pendek di kalangan pelajar perempuan sejak September lalu untuk mengelakkan berlakunya jenayah seksual.
Pelajar perempuan sekolah aliran sains, Moulton School and Science College di Northamptonshire sering melanggar peraturan yang dikenakan sehingga memaksa pengetuanya, Trevor Jones mengeluarkan arahan pengharaman itu.
Katanya, jika masih ada pelajar yang melanggar peraturan baru itu, pihak sekolah tidak teragak-agak memberi pakaian terpakai atau mereka dihantar pulang ke rumah untuk menukar skirt pendek berkenaan.

Ahad, 25 November 2012

Buah paling merbahaya di dunia

Buah durian adalah raja buah di Malaysia. Kenapa ia jadi raja buah? Mungkin antara sebabnya adalah buah durian paling sedap dan paling mahal harganya di Malaysia. Ada banyak variasi buah durian antaranya durian hutan, durian kampung; durian kawin dan lain-lain lagi. Mengapa ia menjadi antara 10 buah yang paling merbahaya untuk dimakan? Berapa ramai orang Malaysia yang mati kerana makan durian? Aku fikir merrka yang bodoh saja yang mengatakan buah ini merbahaya. Bodoh kerana tak belajar cara nak makan durian dan tak tahu pantang larang semasa makan durian. Ikan buntal yang terbukti merbahaya pun jadi makanan istimewa di Jepun kerana orang Jepun bijak. Jadi siapa yang bodoh menyenaraikan durian antars 10 buah yang paling merbahaya dimakan. Aku fikir buah yang paling merbahaya ada buah anggur sebab buah anggur boleh dijadikan minuman keras yang terbukti sangat banyak mudarat kepada manusia.

Sabtu, 24 November 2012

Mosang King vs D24

Pernah makan durian versi mosang king dan D24? Anda suka yang mana? Pada saya dua2 ada kelebihan tersendiri. Dua2nya sedap. Apa pendspat anda. Dari mana dapat nama Mosang King?

Anggur

O
.
Anggur berbuah lagi. Tak sangka anggur yang ditanam berbuah lagi. Walaupun rasanya masam. Kalau ada sesiapa yang tahu baja yg sesuai untuk buah anggur tolong beritahu ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya