My VVIP members

Memaparkan catatan dengan label artis2day. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis2day. Papar semua catatan

Selasa, 19 Julai 2011

Nurul Syuhada selamat diijab kabul

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, sah bergelar isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa, 29, dalam majlis akad nikad yang berlangsung di The Binjai On The Park, Kuala Lumpur City Center (KLCC), di sini malam kelmarin.
Upacara akad nikah dalam majlis bertemakan ala Maghribi itu disempurnakan bapa Nurul Syuhada sendiri, Mohd Zin Idris sambil disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, Mohd Abd Nasir Abdullah.

Raja Amir Shah berasal dari Sri Hartamas, di sini, yang berdarah kacukan Melayu dan Australia di sebelah ibu bekerja sebagai pegawai bank. Dalam majlis akad nikah kelmarin, Nurul Syuhada yang juga pengacara Majalah 3 dan Malaysia Hari Ini memakai pakaian serba putih serta bertudung rekaan Radzuan Radziwill menerima mas kahwin daripada Raja Amir Shah, sebanyak RM777 selain hantaran RM20,111.

Ahad, 17 Mei 2009

Kiamat 21.12.2012

aku fikir ....................




"Pada 21 Disember 2012, terjadilah satu peristiwa huru-hara dan gempa bumi yang amat dahsyat, yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah hidup manusia di muka bumi ini.' petikan mastika jun 2009. 
Tarikh tersebut diramalkan oleh kaum Maya yang hidup di selatan Mexcio dan utara Amerika Tengah.

Kaum yang tidak pernah mengenal Islam pun turut mengakui bahawa dunia kita ini akan musnah pada suatu hari nanti.Bagaiman kita sebagai Umat Islam yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quraan bahawa kiamat pasti akan berlaku.Bagaimana persediaan kita? Seorang penulis Yahudi,Lawrence E.Joseph dalam bukunya Apocalypse 2012 menyatakan satu bencana besar akan berlaku dan bumi akan musnah. 

Tanda-tanda kiamat telah banyak kita lihat hari ini, kenapa kita masih lalai? Lihatlah anak muda Islam hari ini yang hanyut dalam kealpaan dunia yang sementara.Keruntuhan moral tidak dapat lagi dibendung,rogol,seks bebas,pembunuhan, dan pelbagai maksiat berleluasa.Apa peranan kita?
Lihat klip video di bawah semoga timbul kesedaran pada mereka yang masih lalai.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya