My VVIP members

Jumaat, 28 September 2012

Jejaki rakan anda melalui Nombor Telefon Bimbit (GPS)

Sistem navigasi (GPS) merupakan sebuah gajet yang membantu kita untuk mengetahui kedudukan sesuatu tempat dengan tepat melalui kordinat yang dipancarkan melalui satelit yang diterima oleh gajet tersebut.Dengannya,pasti kita tidak akan sesat (Itupun jika peta diupdate).Jadi,pada hari yang mulia dan penuh bersejarah ini, AF dengan senang hatinya  ingin memperkenalkan kepada anda sebuah laman web yang berfungsi secara online untuk mengesan secara terus kordinat seseorang itu hanya dengan memasuki nombor telefon si polan yang ingin dikesan.Cara yang cukup mudah.Apa yang perlu anda lakukan hanya mendaftar masuk ke laman web http://www.themobiletracker.com/ dan masukkan nombor telefon ditempat yang disediakan.
 Walaupun laman web ini masih lagi ditahap beta (tempoh percubaan),namun fungsi yang disediakan pihak mereka sangat  tidak mengecewakan.Mengambil masa kira-kira satu setengah minit untuk mengesan sesuatu nombor,itu tetap tempoh masa yang dikira agak pantas

 Jadi,apa yang perlu anda buat ialah memikirkan satu nombor yang ingin dikesan,masukkan diruangan disediakan dan tekan butang “Start seaching”.Anda pasti akan mendapat lokasi dimana mereka berada.
Servis ini anda mampu dapatkan di http://www.themobiletracker.com/

"Gula naik RM0.20 sekilo, teh tarik naik RM0.20 secawan..."

LUCU dan lawak, tapi ini cerita betul bukan rekaan. Najib Razak mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sekilogram dengan alasan yang dikemukakan, kerana 2.6 juta rakyat menghidap kencing manis (diabetes). Ayat "cover line" subsidi gula dikurangkan sebanyak RM0.20 sekilogram mulai esok, namun maksud sebenarnya ialah, mulai esok harga gula naik RM0.20 sekilogram.
Adakah logik dengan menaikkan harga gula sebanyak RM0.20 akan membantu 2.6 juta pesakit diabetes di Malaysia? Adakah langkah ini akan mencegah sakit diabetes di kalangan rakyat?
Benarkah kenaikkan harga gula akan menyebabkan pengeluar makanan dan minuman mengurangkan kandungan gula di dalam produk mereka? Ini petanda harga makanan dan minuman bakal meningkat lagi. 
Berdasarkan pengalaman lalu, apa yang jelas taukey restoran-restoran mamak akan ketawa besar memandangkan ini "lesen besar" untuk mereka menaikkan harga makanan dan minuman jualan mereka yang sudah sedia mahal. Ini peluang mamak buat untung. Barisan Nasional dengan "Barang Naik" bagaikan kentut dan taik tak dapat dipisahkan.

  "Gula naik RM0.20 sekilo, teh tarik naik RM0.20 secawan..."

Sabtu, 22 September 2012

Ayu Raudah Ditegur Peminat ‘Berpakaian Tapi Berbogel’

Ini bukanlah gambar Ayu Raudah tapi gambar kucing aku Comot. Dia memang berbulu tapi bogel la juga sebab kucing mana ada baju. kalau nak tengok gamabar Ayu Raudah tu ko orang carila kat internet. banyak ada aku tak mahula subahat. Sebab dia sekarang ni pun dah pakai tudung. Cuma hari tu tersilap pakai baju terjarang sikit ingat boleh cover dengan tudung, malangnya tudung pulak terselak. Paparazi ni pun satu pandai je cari sudut nak pekenakan orang. sepatutnya beritahula dahulu apa yg dia nampak tu, ini tidak saja nak aibkan orang. jawabla kat kubur nanti.
 Aku fikir........................... orang Malaysia ni suka sangat tengok orang lain jatuh dan dimalukan. Pakat ramai-ramai tepuk tangan.

Isnin, 17 September 2012

Bomoh gila seks ditangkap

 "Bomoh gila seks ditangkap
Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my

KIRI: Anggota JHEAINS menahan bomoh yang disyaki memperdayakan mangsa dengan amalan nikah batin di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu, Seremban semalam.

SEREMBAN – Taktik seorang bomoh memperdaya pesakitnya yang terdiri daripada golongan wanita untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan akhirnya memakan diri apabila dia ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu di sini semalam.

Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki berusia 48 tahun itu turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan."

kemalangan tren legoland malaysia


Benar atau tidak belum boleh dipastikan. Mungkin ini gambar dia orang sedang buat pemeiksaan keretapi tu. Apa-apa pun Legoland ni boleh jadi satu tempat tarikan pelancong ke Iskandar Malaysia. Tapi yang memeningkan kepala ialah tiketnya saya rasa terlalu mahal. Mungkin pihak pengurusan boleh fikirkan bayaran yang lebih rendah untuk rakyat Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya