My VVIP members

Ahad, 31 Julai 2011

Doa Berbuka Puasa


Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa


Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
SEIRING TERBENAM MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADHAN,
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA RAMADHAN

Niat Puasa




Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk sebulan puasa

niatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Apek Putus Tunang – Khairul Fahmi Nafi Angkara orang Ketiga



Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.
Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.
Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.
Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.
Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia.

Bolos 18 Gol, Silap Pertahanan Atau Penjaga Gol?

Bolos 18 gol dalam 4 perlawanan, statistik yang dengan sendirinya menceritakan betapa pincangnya barisan pertahanan negara tanpa perlu diulas dengan lebih terperinci. Jelas ini bukan barisan pertahanan yang kita kenali akan keampuhan mereka hingga diangkat tonggak kejayaan Piala AFF Suzuki tujuh bulan lalu. Aku fikir....................................... ada yang tak kena dengan pasukan Malaysia sekarang, apa ye? tolong beri pendapata anda.

Rabu, 27 Julai 2011

Harimau Malaya

Selepas tewas 3-5 dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu, Harimau Malaya jelas tiada pilihan selain perlu menundukkan lawan sekurang-kurangnya 2-0 andai mahu impian besar mara ke pusingan ketiga buat julung kali, tercapai. Semua 85,000 tiket perlawanan habis terjual menjelang tengahari semalam, kehadiran penyokong setia Harimau Malaya membanjiri Stadium Nasional bukan saja menjadi senjata terbaik untuk menggerunkan lawan, tetapi turut meniup dan ‘membakar’ semangat anak buah K Rajagobal yang pasti turun dengan corak menyerang bagi mengatasi defisit dua gol.
Selepas persembahan hambar Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang melepaskan lima gol dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu, Khairul Fahmi yang lebih mesra dengan panggilan ‘Apek’ harus menjadi pilihan terbaik mengawal benteng terakhir pasukan agar tidak lagi dirobek lawan.Malah, penjaga gol Kelantan itu bertekad mempamerkan ketangkasannya bagi menghalang percubaan barisan depan Singapura yang diketuai penyerang sensasi Aleksander Duric yang dua kali membolosi gawang negara dalam kekalahan 5-3 dalam perlawanan pertama itu. WATAK paling digeruni dalam pasukan kebangsaan, Safee Sali kini bersedia menampilkan persembahan terbaiknya pada perlawanan terpenting dalam kariernya sebagai pemain bola sepak, malam ini. 

Dua gol pada setiap permainan diledak penyerang 27 tahun itu pada dua penampilan terakhirnya bersama skuad kebangsaan bulan ini - perlawanan persahabatan menentang Liverpool dan perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu Singapura Sabtu lalu.
tonton perlawanan tersebut  TV1 di blog saya http://churchurp.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya