My VVIP members

Ahad, 22 April 2012

Wanita pekerja pusat urut dakwa dipukul polis - Utara - Sinar Harian

Wanita pekerja pusat urut dakwa dipukul polis - Utara - Sinar Harian: "ALOR SETAR - Seorang pekerja wanita berusia 42 tahun di sebuah pusat urut di Taman Rakyat, mendakwa dipukul sekumpulan anggota polis sewaktu ditahan ketika serbuan di premis berkenaan 14 April lalu.

Lay Suet Peng mendakwa dipukul di bahagian kepala dan belakang menyebabkannya terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
"

'via Blog this'

Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan - Semasa - Sinar Harian

Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan - Semasa - Sinar Harian: "[TERKINI 1.35 PAGI] TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam."

'via Blog this'

Dicekup bogel dengan nelayan - Semasa - Sinar Harian

Dicekup bogel dengan nelayan - Semasa - Sinar Harian: "KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat."

'via Blog this'

Khamis, 19 April 2012

Sepasang kekasih ditemui mati dalam kereta - Semasa - Sinar Harian

Sepasang kekasih ditemui mati dalam kereta - Semasa - Sinar Harian: "KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit mati dalam sebuah kereta di Bukit Puchong pukul 1 petang tadi akibat terhidu gas beracun dari alat penghawa dingin.

Seorang jurucakap polis berkata, mayat lelaki berusia 32 tahun dan teman wanitanya berusia 26 tahun ditemui oleh ayah si lelaki tersebut dalam kereta yang diletakkan di dalam bengkel milik mangsa."

'via Blog this'

kerugian RM3.2 juta

Kosmo! Online - Negara: "KUALA LUMPUR - Jenayah Macau Scam yang sebelum ini didalangi warga China dan Taiwan dilihat berubah arah apabila rakyat tempatan mula dikesan mendalangi sindiket itu sehingga berjaya menipu seorang peguam bergelar Datuk.

Peguam yang bergelar Datuk dari Tawau, Sabah itu kerugian RM3.2 juta pada Februari lalu selepas terpedaya dengan panggilan anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman."

'via Blog this'

seks dengan bayaran RM130.

Kosmo! Online - Negara: "KUALA LUMPUR – Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam keadaan tertekan apabila dia dihujani berpuluh-puluh panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenalinya setiap hari kerana menyangka dirinya menawarkan perkhidmatan seks sejak 18 Mei tahun lalu.

Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Too, 42, mendakwa, panggilan yang diterimanya itu adalah berpunca daripada tindakan suaminya yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kawan-kawannya dengan menyatakan dirinya menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM130."

'via Blog this'

Rabu, 18 April 2012

Kosmo! Online - Sukan

Kosmo! Online - Sukan: "KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mengakui beliau kecewa kerana jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei tidak hadir pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2011 di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan malam kelmarin.

Zolkples berkata, ketiadaan Chong Wei yang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2011 sedikit sebanyak telah mencacatkan majlis itu."

Itu belum lagi menang pingat Emas Sukan Olimpik dan dapat habuan RM1juta serta pencen RM5K sebulan.
'via Blog this'

Isnin, 16 April 2012

Kosmo! Online - Negara

Kosmo! Online - Negara: "KUALA LUMPUR - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tempatan didakwa berselindung di sebalik aktiviti kesenian dan perfileman bagi menjayakan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Setiausaha Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani berkata, NGO terbabit turut menggunakan alasan hak asasi manusia untuk mempromosi gaya hidup seks bebas dan perkahwinan sejenis kepada rakyat Malaysia."

'via Blog this'

Khamis, 12 April 2012

Kosmo! Online - Dunia

Kosmo! Online - Dunia: "SYDNEY - Beribu-ribu remaja perempuan menyerbu studio sebuah stesen televisyen di sini semalam untuk tidak melepaskan peluang melihat anggota kumpulan pop Britain-Ireland, One Direction.

One Direction yang dianggotai oleh lima anak muda berusia antara 18 hingga 21 tahun telah dikerumuni peminat sejak mereka tiba di sini dalam konsert jelajah pertama di Australia.

Bakat kumpulan berkenaan dicungkil menerusi program televisyen Britain, The X Factor."

'via Blog this'

Kosmo! Online - Dunia

Kosmo! Online - Dunia: "JAKARTA - Sekurang-kurangnya tiga ombak tsunami setinggi sehingga 80 sentimeter (sm) melanda pesisiran pantai Indonesia selepas satu gempa bumi kuat berukuran 8.6 pada skala Richter menggegarkan Pulau Sumatera semalam.

"Alat pengukur ombak dan boya kami merekodkan tsunami kecil," Pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Kristiawan."

'via Blog this'

Sabtu, 7 April 2012

zaireey@TMK: Cara Letak Facebook Chat pada Side Bar Browser

zaireey@TMK: Cara Letak Facebook Chat pada Side Bar Browser: "Cara Letak Facebook Chat pada Side Bar Browser

Jika anda inginkan keselesaan semasa chatting di Facebook sambil melayari laman web lain, tips ini mungkin boleh membantu. Ia secara tidak langung dapat mengelakkan anda dari membuka kembali tab Facebook semata-mata anda ingin membalas chat rakan anda. Ikut langkah-langkah di bawah: "

'via Blog this'

Selasa, 3 April 2012

Hon Jia Yun ~: Jenis latihan untuk LOMPAT TINGGI ~

Hon Jia Yun ~: Jenis latihan untuk LOMPAT TINGGI ~: "Jenis latihan untuk LOMPAT TINGGI ~
1.LATIHAN GARISAN
ÒPALANG LOMPATAN DILETAKKAN DI ATAS LANTAI GELANGGANG.
ÒPENDEKATAN MELOMPAT PADA SUDUT 45° DIGUNAKAN.
ÒKAKI DIHAYUNKAN KE HADAPAN DAN LOMPATAN DIBUAT MELINTASI PALANG DENGAN PENDARATAN KAKI YANG SAMA."

'via Blog this'

Isnin, 2 April 2012

k...Minda Cikgupj@p

k...Minda Cikgupj@p: "bukanlah keturunan awang hitam atau suku sakat dengannya, bukan juga suka kepada mereka dan nak jadi hero yang membela, tetapi mereka juga manusia seperti kita yang perlukan keadilan dan perlindungan undang-undang. Bukan semuanya mereka itu jahat, ada sebahagian yang ingin menumpang kemakmuran negara  ini. Si pengacau tetap pengacau, walaupun dari kalangan kaum kita sendiri, tetapi berilah hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang ada. kalau tak cukup undang-undang, itulah tugas badan kehakiman dan parlimen dalam negara demokrasi berparlimen. Janganlah ikut hukum rimba!Penguatkuasaan undang-undang yang ada mesti dilaksanakan bukan membiarkan rasuah berleluasa dalam negara sehingga akhirnya awang hitam atau awang putih bermaharajalela!fikir-fikirkanlah.."

'via Blog this'

Ahad, 1 April 2012

Bangkit selepas tragedi hitam - Hiburan - Sinar Harian

Bangkit selepas tragedi hitam - Hiburan - Sinar Harian: "Suatu ketika dulu, lagu Menaruh Harapan, pernah berjaya mencipta kemenangan di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 1987.

Sejak menjuarai anugerah berprestij ini, nama Zaiton Sameon, 56, semakin dikenali dan menjadi bualan ramai. Mana tidaknya, dengan penampilannya yang sentiasa bergaya dengan gaun-gaun berwarna terang, Zaiton berjaya mencipta fenomena tersendiri.

Namun, tragedi 21 Februari 1990 seakan meragut segalanya dan Zaiton terpaksa akur dengan kehilangan anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar, yang berusia 13 tahun dalam satu kemalangan."

'via Blog this'

Kakitangan awam boleh semak pelarasan gaji di web JPA - Nasional - Sinar Harian

Kakitangan awam boleh semak pelarasan gaji di web JPA - Nasional - Sinar Harian: "KUALA LUMPUR -  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM)."

'via Blog this'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Saya